Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) - 29 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
Minimum : RM2,188.00 Maksimum : RM9,552.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29
Minimum : RM1,493.00 Maksimum : RM5,672.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
Minimum : RM1,352.00 Maksimum : RM4,003.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

4. PENGHANTAR NOTIS N11
Minimum : RM1,216.00 Maksimum : RM2,983.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

5. PEMBANTU AWAM H11 
Minimum : RM1,218.00 Maksimum : RM2,939.00 Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Keterangan:

1. Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :- http://www.spa.gov.my

2. Bagi jawatan Gred 19 dan 11 sahaja pemohon-pemohon perlu memilih jawatan seperti berikut semasa mengisi borang permohonan :-

- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 (SPA Perak)
- Penghantar Notis Gred N11 (SPA Perak)
- Pembantu Awam Gred H11 (SPA Perak)

(Panduan untuk pemohon : Di Menu Jawatan Yang Dimohon sila pilih Lantikan Kontrak/Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas)

3. Hanya permohonan yang dikemukakan dalam tempoh iklan sahaja akan diproses . Tempoh iklan mulai 11 Januari 2023 hingga 29 Januari 2023.

4. Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada ;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
Perak Darul Ridzuan
( u/p : Unit Pengambilan ) No Tel : 05-2540615


* Sila baca terlebih dahulu syarat kelayakan / iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 29 Januari 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP)

Pengenalan

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Post a Comment