Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 19 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor


Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER FT197 Kekosongan 

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Elaun-elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Imbuhan Bantuan Sara Hidup RM 350.00


Kelayakan Lantikan:

Warganegara Malaysia;

i. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,377.00); atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,435.12); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,493.24);

iii. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 


Cara Membuat Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dengan dilakukan secara dalam talian di https://jawatan.johor.gov.my (admin ada sediakan link di bawah)

2. Tarikh buka permohonan pada : 5 Januari 2023, 10.00 Pagi. Tarikh tutup permohonan pada : 19 Januari 2023, 11.00 Malam


Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan /senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya dipanggil temuduga, hendaklah menyertakan Surat Sokongan dari Ketua Jabatan, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 (TIGA) tahun terakhir, secara fizikal.

iii. Cetakan borang daripada sistem hendaklah dicetak bagi calon yang dipanggil untuk proses temuduga

iv. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

v. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab oleh pemohon sendiri.

Setiausaha Bahagian,
ICT@Johor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
79503 Iskandar Puteri, Johor
No. Tel Pejabat : 07 - 266 6660/61


*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2023, 11.00 Malam





Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Post a Comment