Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 25 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E41) 

Taraf Jawatan : Kontrak (1 Tahun)
Klasifikasi : Perkhidmatan Ekonomi (E)
Skim Perkhidmatan : Pegawai Ehwal Ekonomi
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Penempatan : Ibu Pejabat Tourism Malaysia- PERUNDANGAN


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,286.57)

d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

e) Berpengalaman sebagai pengamal undang-undang sekurangkurangnya tiga (3) tahun ke atas;

f) Pertimbangan untuk diserapkan ke jawatan tetap adalah selepas satu (1) tahun tempoh perkhidmatan bergantung kepada penilaian prestasi pegawai dalam tempoh penilaian.

g) Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.

h) Mempunyai Sijil Amalan Guaman dan Sijil Kemasukan / Penerimaan dan Didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara (sekiranya ada).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab:

(a) Menderaf kontrak.
(b) Membantu membuat semakan hal berkaitan dengan kontrak dan dokumendokumen perundangan.
(c) Mengetuai rundingan berkaitan terma dan syarat kontrak.
(d) Menyediakan pandangan Undang-undang (legal opinion).
(e) Membantu dalam penyelesaian pertikaian.
(f) Menyelia kes mahkamah melibatkan Tourism Malaysia.
(g) Menghadiri mesyuarat yang melibatkan perundangan sekiranya diperlukan.


Arahan Dan Cara Memohon:

(a) Permohonan adalah secara dalam talian. Berikut adalah panduan ringkas bagi pemohon :

1. Log in dipautan berikut;
https://hr.tourism.gov.my/apps/recruitment/registration (link admin ada sediakan di bawah)

2. Daftar pengguna > tetapkan kata laluan > aktifkan akaun > pilih menu
public log in.

3. Log masuk > Pilih menu resume > lengkapkan resume > memuat naik
dokumen-dokumen berdasarkan senarai semak yang dikemukakan.

4. Pilih jawatan yang ingin dimohon.

(b) Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar berukuran pasport terkini. Selain dari gambar pasport tidak dibenarkan.

(c) Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Januari 2023 (Rabu) sebelum jam 5.30 petang.


Catatan Am:

(a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi.

(b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(c) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

(i) Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962
(ii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908
(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


*Sila mohon melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Januari 2023 (Rabu) sebelum jam 5.30 petang.




Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia

Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Post a Comment