Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - 11 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)


Position:

1. TIMBALAN NAIB CANSELOR
(AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)

Kumpulan : Pengurusan Tertinggi ( jawatan berpenggal )
Kategori Iklan : Luar dan Dalam
Tarikh iklan : 29 Disember 2022 – 11 Januari 2023
Jawatan : Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
Penempatan : Pejabat Canselori


Syarat Kelayakan:

Kecemerlangan Akademik:
• Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Berkelayakan Profesional.
• Mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional serta telah dilantik sebagai Profesor.
• Mempunyai pengalaman yang cemerlang dalam menerajui agenda kritikal pengajaran dan pembelajaran dan mahir dalam pembentukan serta pengendalian ko-kurikulum yang seimbang dan bersepadu.
• Mempamerkan kewibawaan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran dan pakar dalam pengendalian Pembelajaran Digital.
• Mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya.
• Mempunyai rekod cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana dan PhD) dengan jayanya.

Personaliti:
• Mempunyai sifat kepimpinan yang boleh menerajui transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik.
• Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang tinggi.
• Mempunyai pemikiran yang positif dan proaktif.
• Berkemahiran dalam penyelesaian masalah bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan pelajar agar perkhidmatan yang disediakan dapat melahirkan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
• Mempunyai reputasi sebagai ‘role model’ yang diikuti dan dihormati oleh komuniti kampus dan luar.

Hal Ehwal Antarabangsa:
• Mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh.
• Mempunyai reputasi dan kebolehlihatan yang baik di peringkat antarabangsa.
• Mempunyai pengalaman dalam pengendalian program akademik atau mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa.


Skop Tugasan:

• Melapor kepada YBhg. Naib Canselor, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

• Penyandang adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-

▪ Merancang program akademik ke arah melahirkan pelajar yang berdikari yang dapat memenuhi keperluan profesional dan pasaran kerja.

▪ Menentukan program kurikulum universiti dengan memberikan penekanan kepada pendidikan umum dan bersesuaian dengan falsafah Pendidikan negara.

▪ Menentukan dasar kemasukan pelajar selaras dengan matlamat universiti.

▪ Merancang keperluan staf akademik dengan memantau aspek peluang kenaikan pangkat, mobiliti, latihan/pembangunan dan penilaian prestasi staf akademik.

▪ Mempromosi dan meningkatkan kerjasama yang sedia ada dengan universiti-universiti luar negara.

▪ Mewujudkan peluang yang lebih luas bagi mobiliti pelajar dengan universiti luar negara.

▪ Membantu melaksanakan strategi antarabangsa dengan membina hubungan baik universiti dengan badan, persatuan, agensi dan institusi pengajian tinggi antarabangsa.

▪Membantu dan menentukan objektif dan hala tuju kegiatan akademik universiti dan memberi kepimpinan untuk perancangan dan pengurusan kolej dan beberapa Unit Bisnes yang menguruskan bidang tugas akademik.

▪ Bertanggungjawab untuk membantu Naib Canselor dalam melaksanakan mana-mana kewajiban, kuasa atau fungsi jawatannya.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Naib Canselor UNITEN dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah disertakan dengan resume/CV, salinan-salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke alamat seperti berikut :-

PENGARAH,
JABATAN SUMBER MANUSIA,
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN),
JALAN IKRAM-UNITEN
43000 KAJANG, SELANGOR

atau melalui e-mail : hr@uniten.edu.my


Nota:

Dengan mengemukakan permohonan, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk memproses data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Permohonan hendaklah sampai kepada Jabatan Sumber Manusia, Universiti Tenaga Nasional tidak lewat dari tarikh tamat iklan. Permohonan yang tidak lengkap dan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Sekiranya tuan/puan tidak dimaklumkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup, tuan/puan adalah tidak di senarai pendek untuk jawatan yang dipohon. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Januari 2023 (Rabu)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

About UNITEN

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) is a unique institution, providing ​academic programmes within our two campuses, Putrajaya Campus and Muadzam Shah Campus​​.​ Our programmes are focused on Engineering, Information Technology, Business Management and related areas. ​​UNITEN not only prepare its graduates to become knowledgeable and competent p​​​​rofessionals, but also t​o develop them as well-rounded individuals with broad intellectual outlook.

Post a Comment