Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Hospital Al-Sultan Abdullah - 30 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Hospital Al-Sultan Abdullah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Hospital Al-Sultan Abdullah


Jawatan:

1. JURURAWAT U29 (TETAP/KONTRAK)

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,797.00
Maksimum: RM 5,753.00

- Penempatan : HASA KAMPUS PUNCAK ALAM & PPUiTM KAMPUS SUNGAI BULOH
- Syarat Tambahan Universiti :
 telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara-cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM di https://pengambilanhuitm.uitm.edu.my dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan bermula 1 Februari 2023 hingga 30 April 2023. Setiap permohonan jawatan akan dikenakan bayaran RM10.00 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian di UiTMPay.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan bolehlah merujuk kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Hospital Al-Sultan Abdullah
Universiti Teknologi MARA
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
E-mel : hr_huitm@uitm.edu.my
No. Tel : (03) 3396 3362/3357/3359/3358/3336


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan :  30 April 2023 (Ahad)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Mohon Secara Online

Jawatan Kosong di Hospital Al-Sultan Abdullah-banyakjawatan-UITM

Latar Belakang

Pembangunan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) tercetus pada tahun 1995 apabila Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan penubuhan Fakulti Perubatan sekiranya Institut Teknologi MARA (ITM) mahu dinaik taraf kepada universiti. Penubuhan Fakulti Perubatan ini penting untuk meningkatkan jumlah doktor-doktor bumiputera di Malaysia. Pada tahun 2002, selepas menjadi sebuah universiti dikenali dengan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan penubuhan Fakulti Perubatan. Namun hanya pada 2003 Fakulti Perubatan mula beroperasi di Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya dengan pengambilan pelajar seramai 20 orang.

Dalam usaha untuk memberikan latihan klinikal kepada pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UiTM telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menempatkan pelajar-pelajar perubatan ini di hospital-hospital dan poliklinik-poliklinik kerajaan. Dua buah hospital telah dicadangkan untuk menempatkan pelajar-pelajar perubatan ini menjalani latihan mereka iaitu di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh. Pada 17 Julai 2006, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan UiTM supaya pembangunan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian dikekalkan di Sungai Buloh dan dilaksanakan segera.

Sehubungan itu, projek pembinaan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian telah berjalan sebagaimana yang dijadualkan di kawasan berhampiran Hospital Sungai Buloh. Bagi menampung jumlah pelajar perubatan yang kian bertambah, UiTM telah memohon kepada kerajaan untuk membina sebuah hospital pengajar tersendiri dan tidak perlu bergantung kepada Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang. Pada tahun 2008, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah Hospital Pengajar di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Post a Comment