Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) - 10 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)


Jawatan:

1. PERSONEL MYSTEP ( SETARAF SPM )

Kelulusan : Diploma
Gaji : RM 1900.00 sebulan
Tempoh Kontrak : Februari 2023 hingga 31 Disember 2023
Kemudahan : Caruman K/VSP, Caruman PERKESO, Guti rehat dan Cuti sakit
Penempatan : Unit Teknologi Maklumat (lT) Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


Syarat Kelayakan:

1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;

4. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;

5. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan

6. Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah disertakan dengan resume terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil SPM, dan dokumen sokongan serta sekeping gambar passport. Sila emelkan permohonan kepada Unit Teknologi Maklumat : itjkns@moh.qov.my sebelum atau pada 10 Februari 2023 ( Jumaat ).

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

Latar Belakang

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

Enam (6) bahagian yang menjadi tonggak penggerak JKNS adalah Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan,  Bahagian Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Disamping itu, terdapat 32 Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama  iaitu dua belas buah (12) hospital, sebelas (11) Pejabat Kesihatan Daerah, sembilan (9) Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah dan dua (2) Pejabat Kesihatan yang berada di bawah tadbiran JKNS.

Manakala Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ialah gerbang laluan kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKNS menerusi internet. Pembangunan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaksanakan oleh Unit Teknologi  Maklumat di bawah seliaan Bahagian Pengurusan JKNS.

Post a Comment