Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - 21 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

Taraf Jawatan : Tetap
Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji :
Minimum : RM1,549.00
Maksimum : RM5,684.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM1,549.00 ]; atau

(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM1,549.00]; atau

(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM1,855.00 ]; atau

(iv)Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM1,929.89 ]


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kriteria Tambahan

3. Kelebihan kepada calon yang memiliki kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik, reka bentuk kreatif, multimedia, video editing / photo editing atau lain-lain kemahiran yang berkaitan.


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan

2. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

3. Taraf jawatan : Lantikan jawatan yang diiklankan adalah secara TETAP.

4. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun HENDAKLAH MEMOHON ~MELALUI KETUA JABATAN DENGAN MENYERTAKAN RINGKASAN KENYATAAN PERKHIDMATAN DAN SURAT PERAKUAN KETUA JABATAN.

5. Permohonan dengan dokumen yang TIDAK LENGKAP dan/atau TIDAK MELALUI Ketua Jabatan/Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses


Cara-cara Memohon:

Permohonan perlu dibuat melalui portal di www.kraftangan.qovmy beserta syarat-syarat serta skim perkhidmatan yang ditetapkan


Pegawai Untuk Dihubungi:

Puan Siti Mariam binti Sidek
Penolong Pengarah
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan
Tel: 0321627459 Ext: 258


Encik Mohd Azan bin Omar Baki
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan
Tel: 0321627459 Ext: 171


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2023 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Mohon Secara Online



Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Sejarah

Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang menganjur mensusuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara. Pedagang-pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air. Abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata.Tahun 1930 sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan.

Post a Comment