Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 22 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)


Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER / FT19

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan SERTA Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan SERTA Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,493.24)


2. PEGAWAI PERGIGIAN / UG41

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : RM2,844.00 – RM9,656.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan: 

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Ijazah dalam bidang pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. (Gaji permulaan lantikan pada Gred UG41 : RM2,844.00)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. PEMBANTU KEMAHIRAN / H19

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,377.00 – RM4,052.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan:
 
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,377.00); atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,435.12); atau

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,493.24); atau

v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,493.24)


4. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN / U19

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,418.12 – RM4,052.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan:
 
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,418.12); dan

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


5. PEMBANTU VETERINAR / G19

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM 1,357.00 - RM 4,008.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan:
 
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan: RM1,357.00)

ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan: RM 1,357.00) iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM 1,413.40)

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: RM1,469.80)


6. PENGAWAL KESELAMATAN / KP11

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,205.00 – RM2,939.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan:
 
1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,205.00); atau

ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan: RM1,205.00); dan

b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi) pengecaman warna dan pendengaran yag tidak cacat; dan

vii) diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


7. SETIAUSAHA PEJABAT / N29  

Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
Taraf Jawatan : Tetap

Syarat Lantikan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan: RM1,493.00); atau

ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan:RM 1,770.95); dan

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Februari 2023  (Rabu) 




Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

Post a Comment