Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN


Syarat Lantikan:

Syarat-syarat pengambilan adalah seperti berikut :-

- Warganegara : Malaysia (Bumiputera)

- Agama : Islam

- Umur : Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 40 tahun dari tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.

- Kelulusan: Mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau
mempunyai SPM atau setaraf dengannya.

- Taraf Jawatan : Sambilan

- Sila kemukakan borang permohonan, resume dan salinan sijil melalui e-mel : vacancy@kuis.edu.my atau serahan tangan kepada :

Bahagian Pengurusan Insan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Nota:

- Pelajar/ Pelajar lepasan KUIS (termasuk bekas pelajar yang berhenti @ tidak tamat
pengajian) tidak dibenarkan memohon.

-Wanita yang sedang mengandung juga tidak dibenarkan memohon.

-Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

-Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan mempunyai kenderaan sendiri.

- Bayaran elaun adalah sebanyak RM 23.00 bagi setiap sesi (pagi/ petang/ malam)

- Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian : 03-8911 7000 samb. 3300 / 2122


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan :  17 Mac 2023 (Jumaat)


Klik Maklumat Iklan & Borang Permohonan Jawatan


Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Post a Comment