Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Johor - 16 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Menteri Besar Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Menteri Besar Johor


Jawatan:

1. PEGAWAI BERITA GRED S41

Kementerian/Jabatan : Pejabat Menteri Besar Johor
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan :  Sosial
Taraf Jawatan :  Kontrak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM 2,078.00
Gaji Maksimum RM 9,544.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00); atau

d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred $41: RM2,281.86).

Deskripsi Tugas:

a) Menghasilkan laporan aktiviti YAB Menteri Besar Johor dalam laman sosial YAB Menteri Besar Johor mana - mana keluaran yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

b) Membuat liputan berjadual dan tidak berjadual YAB Menteri Besar Johor.

c) Transkrip sidang media / sebahagian ucapan YAB Menteri Besar Johor untuk dijadikan “quotes” dalam laman sosial YAB Menteri Besar Johor.

d) Membuat / membantu Setiausaha Akhbar menyediakan keperluan Sidang Media dan Taklimat Media.

e) Membantu Setiausaha Akhbar menyediakan perutusan untuk peristiwa - peristiwa penting negeri seperti Hari Raya Aidilfitri, kemangkatan Kerabat Diraja dan sebagainya untuk laman sosial YAB Menteri Besar Johor, radio dan media cetak.

f) Menyediakan skrip untuk iklan -iklan radio program - program khusus YAB Menteri Besar Johor.


2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Kementerian/Jabatan : Pejabat Menteri Besar Johor
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM 2,315.00
Gaji Maksimum RM 9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00

Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

c) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang  sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM 2,315.00) atau

d) Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred 041 : RM2,418.66); atau

e) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44): atau

f) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred 041 : RM2,730.00); atau

g) Ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf olen Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau

h) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

i) Mempunyai pengalaman atau kelulusan dalam bidang Komunikasi Massa adalah satu kelebihan.

Deskripsi Tugas:

a) Membuat kajian (bersama seksyen penyelidikan) dalam penghasilan kenyataan atau pengucapan awam sebelum dikeluarkan kepada umum.

b) Menyediakan teks ucapan, temu bual, siaran media, kenyataan akhbar rasmi dan tidak rasmi.

c) Menyediakan Nota Pengarang (Note to Editor) untuk dihebahkan kepada media massa.

d) Memantau dan mengambil maklum isu-isu  berbangkit melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

e) Mengambil petikan daripada ucapan untuk dihebahkan dalam media sosial dan juga media rasmi kerajaan negeri.


3. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Kementerian/Jabatan Pejabat Menteri Besar Johor
Kumpulan Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM 1,216.00
Gaji Maksimum RM 2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 80.00

Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

d) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

Deskripsi Tugas:

a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat


4. PERSONEL MySTEP

Tempoh Kontrak :  Tarikh mula sehingga 31 Disember 2023
Kadar Upah : RM 1,700.00 sebulan
Waktu Bekerja : Sembilan jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan

Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur antara 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |

e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer (Microsoft Office & Excel), mahir berkomunikasi dan berketerampilan.



Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https:/Avww.johor.gov.my/ atau dengan mengimbas Kod QR di bawah: (admin sediakan link di bawah untuk muatturun iklan penuh)

(b)Borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini dan SALINAN DIAKUI SAH dokumen-dokumen berikut:

(i) Salinan Sijil Kelahiran
(ii) Salinan Kad Pengenatan
(iii) Salinan Surat Berhenti sekolah yang terakhir
(iv) Salinan PMR/SPM/Sijil/Diploma/ljazah beserta transkrip penuh
(v) Salinan Lesen Memandu (bagi jawatan Pemandu & Pembantu Operasi)
(vi) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

(c) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR,
ARAS 4, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU


Catatan:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

(b) Semua  permohonan  hendaklah_ disertakan  salinan  semakan _ pengiktirafan Siji/Diploma/ljazah daripada Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian https:/Avww2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

(c)Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79502 ISKANDAR PUTERI,
JOHOR BAHRU
No. Tel. Pejabat: 07-266 6355 / 42


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Februari 2023 (Khamis)





Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Menteri Besar Johor

Objektif

  • Menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep Kerajaan Berwawasan, Adil dan Efisien.
  • Memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor.
  • Menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.
  • Menentukan masyarakat yang progresif dan berdikari dapat diwujudkan hasil daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan.
  • Menentukan bahawa setiap program pembangunan diterima oleh kumpulan sasar terutamanya di kawasan yang kurang maju samada di kawasan bandar atau luar bandar.

Post a Comment