Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hulu Selangor - 13 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Hulu Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hulu Selangor


Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
Gaji Minimum : RM 1,360.00 - Gaji Maksimum : RM 4,052.00

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Gaji Minimum : RM 1,352.00 - Gaji Maksimum : RM 4,003.00

3. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Gaji Minimum : RM 1,377.00 - Gaji Maksimum : RM 4,052.00

4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA GRED JA29
Gaji Minimum : RM 1,549.00 - Gaji Maksimum : RM 5,701.00

5. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
Gaji Minimum : RM 1,549.00 - Gaji Maksimum : RM 5,701.00

6. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
Gaji Minimum : RM 1,549.00 - Gaji Maksimum : RM 5,701.00


Cara Memohon:

Syarat-syarat permohonan secara atas talian (Online):

Sila klik pautan ini untuk melihat iklan jawatan kosong dan mengisi maklumat pemohon secara online. https://ejawatan.mphs.gov.my (link admin ada sediakan di bawah)

Sebarang permohonan melalui surat, e-mel, fax tidak akan dipertimbangkan. Maklumat bertanda * hendaklah diisi.

Sila pilih Nama Jawatan seperti yang tertera di ruangan iklan.


Senarai dokumen yang perlu dimuat naik (upload):

a) Gambar berukuran passport.

b) * Salinan Sijil kelahiran yang telah disahkan.

c) * Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.

d) * Salinan Sijil SPM yang telah disahkan.

e) * Salinan Sijil Akademik berkaitan jawatan yang dipohon sahaja yang telah disahkan.

f) Biodata Diri (Resume).

g) * Salinan Lesen Memandu yang telah disahkan.

– Semua dokumen yang bertanda (*) perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKK / Pengetua / Guru Besar/ Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.


Maklumat tambahan:

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) dalam Sistem Permohonan Jawatan Secara Online hendaklah:

a) diimbas (scan) terlebih dahulu

b) disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)

Di  ruangan muat naik (Sistem Online):

Sila klik butang tambah (+), pilih dan klik fail yang telah disimpan dalam bentuk .pdf atau .jpeg. Kemudian fail .pdf atau .jpeg akan kelihatan di ruang butang (+).

Sila klik butang hantar. Pemohon akan menerima satu notifikasi “Permohonan anda berjaya dihantar. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi.“.

Setiap jawatan yang dipohon perlu disertakan dengan dokumen yang dimuat naik seperti di perkara 

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini (2020, 2021 dan 2022). Dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar melalui pos. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Catatan Am:

a. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan DITOLAK.

b. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

c. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

d. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya


Tarikh permohonan pada : 13 Februari 2023

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Latar Belakang

Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Dari sudut geografi,Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar,hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka.Jumlah penduduknya lebih kurang 178,500 orang(2005) atau 3.7 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Negeri Selangor,dan kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.

Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”.

Post a Comment

Post a Comment