Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) - 2 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)


Positions:
 
1. JURUTEKNIK GRED 14

Deskripsi Tugas:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Membantu dalam menyelia aktiviti penyelenggaran merangkumi kerja-kerja awam, elektrikal, mekanikal, ICT bangunan;

2. Membantu dalam menyelia kerja-kerja pembaikan bangunan merangkumi skop elektrikal, mekanikal, ICT dan awam bangunan;

3. Membantu dalam menyelia kerja-kerja pembersihan bangunan, kawalan makhluk perosak, penyelenggaran lanskap bangunan dan kawalan tanpa senjata;

4. Membantu dalam menguruskan proses pemilihan pelawaan, pembelian, perkhidmatan, pembekalan bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan;

5. Membantu dalam memeriksa dan menyediakan senarai kerosakan bangunan;

6. Membantu dalam menyelia keselamatan dan kesihatan pekerja;

7. Membantu dalam kerja-kerja penyelenggaraan makmal berakreditasi ISO, GMP, GLP dan AAALAC; dan

8. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke kemasa.


Kelayakan dan Pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Memiliki sekurang-kurangnya STPM atau Sijil Kemahiran yang diiktiraf;

3. Pemegang Diploma (Awam/Mekanikal/Elektrikal) daripada institusi- institusi pengajian tinggi yang diiktiraf digalakkan memohon dan merupakan satu kelebihan;

4. Memiliki sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman dalam bidang penyelenggaraan bangunan; dan

5. Berpengetahuan dalam kerja-kerja sivil/mekanikal/elektrikal.


2. VETERINAR GRED 8-11

Deskripsi Tugas:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Memastikan perjalanan program bagi akreditasi AAALAC untuk pembiakan haiwan makmal berjalan lancar (Keseluruhan Deskripsi Program dan prosedur operasi piawaian yang berkaitan);

2. Terlibat dengan semua aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan haiwan makmal terutamanya melibatkan kebajikan haiwan makmal seperti semasa pemantauan kesihatan dan pengurusan kesihatan, pembiakan, anestesia, analgesia dan euthanasia;

3. Terlibat sebagai Study Director dalam sebarang kajian ketoksikan pra-klinikal seperti yang dirancang oleh pihak pengurusan;

4. Berpengalaman dalam melakukan pemerhatian bagi tanda-tanda klinikal, nekropsi dan histopalogi bagi haiwan makmal terutamanya tikus dan mencit;

5. Terlibat dalam aktiviti saintifik (R&D) dan penasihat dalam bidang sains haiwan makmal (permohonan geran R&D);

6. Memberi bimbingan, pendidikan dan latihan kepada kakitangan dalam bidang pembiakan haiwan makmal dan toksikologi;

7. Mempunyai pengalaman berkaitan dengan pematuhan regulatori dan pentadbiran. Berpengetahuan tentang undang-undang yang berkaitan, termasuk sebarang proses penilaian berkaitan etika; dan

8. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan Pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Mempunyai Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM) atau yang setara dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Pelajar tahun akhir Jurusan Doktor Perubatan Veterinar digalakkan memohon;

4. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam pengurusan dan pembiakan haiwan makmal seperti tikus, mencit dan arnab adalah satu kelebihan;

5. Berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC) dengan Sijil Amanah yang sah (Annual Practicing Certificate); dan

6. Telah menjalani latihan OECD-GLP dan program akreditasi AAALAC adalah satu kelebihan.


Cara Memohon:

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dijemput menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel: 03-8949 5620
Emel:recruitment@nibm.my

Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup : 02 Mac 2023 (Khamis)





Jawatan Kosong 2023 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM

Company Overview

The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda  led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).

Post a Comment