Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) - 20 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)


Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) Lesen memandu Kelas D/E2/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu dalam tempoh percubaan (P)];

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(iv) Gaji permulaan H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu :

Lesen D RM 1,264.15
Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30
Lesen F/H RM 1,356.45
Lesen G/I RM 1,402.60

d. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/ jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/ jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda dan lain-lain kenderaan.

*Nota:

Keutaman diberi kepada calon lelaki yang berpengalaman dalam bidang berkaitan lebih daripada dua (2) tahun dan mempunyai lesen memandu bas.


2. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lessen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15);

d. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/ dokumen/ saman notis. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat. 


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang sahaja. Klik link yang disediakan di bawah untuk memohon. 

Anda hanya perlu mendaftar masuk sebagai pemohon dan terus login untuk mengisi permohonan. Sistem Pengurusan Pekerjaan (spp-pmint) ini sahaja yang digunakan untuk setiap permohonan jawatan kosong yang diiklankan di Perbadanan Memajukan Ikhtisad Negeri Terengganu.


Tarikh tutup pada : 20 Februari 2023 (Isnin)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Sila rujuk iklan selanjutnya melalui link yang admin sediakan di bawah. Selamat maju jaya.




Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)

Sejarah

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diperbadankan pada 1 April 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu Bil.3/1965. Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadikan agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan
sosio-ekonomi di Negeri Terengganu.

Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000 (DPN) yang bermula pada tahun 1991, PMINT turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

Dalam suasana sejarah dan latar belakang sosio-ekonomi Negeri Terengganu yang lemah, penglibatan sektor swasta yang rendah serta kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur maka peranan PMINT adalah penting dalam meningkatkan dan mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi. Selaras dengan peranan tersebut maka PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir ke semua sektor ekonomi. Di antaranya ialah pembangunan hartanah, perladangan, agrobiotek, akuakultur, pembuatan dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, aktiviti PMINT dijalankan melalui dua cara iaitu secara langsung dan melalui anak syarikat.

Post a Comment