Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) - 22 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29
Gaji Minimum : RM1,494.00, Gaji Maksimum : RM5,674.00, Kadar KGT : RM145.00

2. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29
Gaji Minimum : RM1,494.00, Gaji Maksimum : RM5,674.00, Kadar KGT : RM145.00

3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
Gaji Minimum : RM1,549.00, Gaji Maksimum : RM5,701.00, Kadar KGT : RM145.00

4. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29
Gaji Minimum : RM1,549.00, Gaji Maksimum : RM5,701.00, Kadar KGT : RM145.00

5. PENGAWAS HUTAN GRED G19
Gaji Minimum : RM1,357.00, Gaji Maksimum : RM4,008.00, Kadar KGT : RM145.00

6. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
Gaji Minimum : RM1,377.00, Gaji Maksimum : RM4,052.00, Kadar KGT : RM100.00

7. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
Gaji Minimum : RM1,377.00, Gaji Maksimum : RM4,052.00, Kadar KGT : RM100.00


Semua kekosongan jawatan adalah di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Februari 2023 (Rabu) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak (SPANP)


Pengenalan

Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.

Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.

Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.

Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Post a Comment