Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd - 14 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd


Jawatan:

1. EKSEKUTIF AKAUN
(UNIT PEMBELIAN)


Skop Tugas:

1. Mengurus aktiviti pembelian harian, menyelia kakitangan dan mengagihkan tugas.

2. Mambangun dan melaksanakan strategi pembelian

3. Menyemak atau memperbaiki kaedah atau SOP pembelian di SATU secara berterusan untuk memastikan peningkaan kecekapan proses pembelian, mempercepatkan pembayaran dan mempunyai kawalan dalaman yang baik.

4. Bertanggungjawab ke atas modul Perolehan sistem IFAS, dari segi kelancaran fungsi, penyelesaian masalah sistem dan cadangan penambahbaikan modul untuk memudahkan kerja-kerja harian dan pelaporan.

5. Memantau, menyelidik dan menilai prestasi pembekal sedia ada dan bakal pembekal secara berterusan.

6. Membuat penilaian prestasi tahunan pembekal dan membentangkan laporan tersebut kepada Pengurus Kewangan dan Akaun

7. Bertanggungjawab menyediakan dan mengemaskini pengkalan data pembekal, rekod pembelian dan dokumentasi yang berkaitan.

8. Sentiasa mengemaskini sebutharga dan bandingan harga dari semasa ke semasa.

9. Memastikan pembelian adalah mengikut prosedur kewangan, bajet yang telah diluluskan dan mengikut terma kontrak yang sah.

10. Menyelaras dengan bahagian stor untuk menentukan dan mengurus keperiuan inventori dan membuat pesanan hanya mengikut keperluan.

11. Mengkaji dan memantau pembelian modal untuk memastikan pematuhan dengan polisi dan prosedur syarikat.

12.Memastikan semua item yang diterima memenuhi piawaian dan spesifikasi kualiti seperti di Pesanan Belian.

13. Bertanggungjawab memastikan setiap pembelian dan kerja-kerja yang sah telah dibuat bayaran selepas penerimaan barang dan siap kerja.

14.Memastikan Pesanan Belian dan indent kerja yang tertunggak dalam tempoh tertentu tanpa penerimaan barang atau siap kerja di ambil tindakan sepatutnya.

15. Bertanggungjawab memastikan keperluan di bahagian kewangan mencukupi dan tidak membazir.

16. Bertanggungjawab membuat pesanan barangan dibawah tanggungjawab bahagian kewangan seperti thermal paper, barangan trading, alatulis, bahan bercetak, peralatan pejabat dan lain-lain.

17. Bertanggungjawab menyediakan dokumen sebutharga dan tender bahagian kewangan mengikut keperluan.

18. Menyelenggara rekod pembelian secara sewabeli, memproses jernal sewa beli dan bayaran bulanan.

19. Bertanggungjawab memastikan Senarai Pemiutang Bulanan adalah sama dengan jumlah pemiutang yang di rekod di Lejer AM SATU.

20.Menyediakan Laporang Aging pemiutang setiap bulan.

21. Menyediakan Laporan pembelian termasuk analisis kos setiap suku tahun.

22.Menyediakan bajet tahunan bahagian kewangan dan mengurus belanjawan bahagian.

23.Menyemak permohonan jernal pindah / tambah dari daerah /IP dan mengemaskini jernal dalam sistem perolehan selepas mendapat kelulusan.

24. Mengenalpasti peluang penjimatan kos secara berterusan

25.Boleh melatih pekerja baharu dalam proses pembelian dan cara menggunakan sistem perolehan.

26.Menunjukkan komunikasi yang berkesan dan kemahiran menyelesaikan masalah.

27.Memberi maklumbalas kepada pertanyaan samada daripada dalaman atau luaran dalam memberi maklumat, arahan atau rujukan yang sesuai.

28. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Syarat Kelayakan:

1. Ijazah dalam bidang Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada universiti tempatan dan luaran, politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

2. Jika memiliki kelayakan lebih rendah hendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang operasi perbekalan air/berkaitan;

3. Kemahiran dalam berkomunikasi dan penulisan;

4. Mestilah mampu bekerja berseorangan dengan penyeliaan yang minimum;

5. Seorang yang mampu bergerak dalam satu pasukan

6. Berkemahiran dalam penyeliaan, perancangan dan penganalisaan.


Cara Memohon:

Calon-calon berminat boleh mengemukakan permohonan CV / resume, gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu yang sah (bagi jawatan berkaitan) dan sijil kelulusan akademik/ berkaitan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
atau email kepada career@satuwater.com.my


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2023

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd

Nilai Teras

Nilai teras adalah nilai utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga kerja SATU bagi memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai SATU pasukan yang berintegriti dan profesional, kita memegang amanah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Post a Comment