Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor - 5 Mac 2023

1 comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor


Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH

Akademi Pengajian Bahasa
Bidang : Bahasa Arab

Jadual Gaji:
Minimum RM2,300.00
Maksimum RM2,800.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan:

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Permohonan:

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama Salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
- Kad Pengenalan
- Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)

3. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah
kiri sampul permohonan.

4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak melalui majikan tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

8. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

9. Borang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di https://johor.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/51-about-us/hebahan/248- iklan Itemid=239 atau di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.

Sila kemukakan permohonan kepada:

PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS PASIR GUDANG
JALAN PURNAMA
BANDAR SERI ALAM
81750 MASAI, JOHOR
No Tel : +(607)-381 8000


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Mac 2023 (Khamis)




Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Sejarah UiTM Johor

Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada tahun 1990, UiTM Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri.

Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai sebuah kampus kota yang terletak di Bandaraya Johor Bharu. UiTM Johor kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.

1 comment

  1. I am Sudanese,Phd holder for Arabic lang,More than 10 years exp for teaching Arabic langauge for native speaker and non native speaker in Sudan,Thailand,Indonesia and USA online.
    Seeking vacancy job for teaching Arabic language.

    ReplyDelete

Post a Comment