Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 13 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Jawatan: (F41) Pegawai Teknologi Maklumat
Kumpulan: P&P (Pentadbiran)
Klasifikasi: Sistem Maklumat
Kategori: Jawatan Non-Akademik
Taraf Jawatan: Lantikan Tetap
Penempatan: Kota Kinabalu/Labuan/Sandakan
Jadual Gaji: RM 2315.00 - RM 9618.00


Syarat Kelayakan:

1. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau

2. Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,522.44); atau

3. Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

4. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).

5. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keterangan Tugas:

1. Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.


*Sila mohon melalui link yang disediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 13 Mac 2023 (Isnin)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan kini telah menjangkau usia hampir 19 tahun. Dalam usia ini, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, sama ada dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, termasuk juga kelengkapan kemudahan bangunan dan tadbir urus, bilangan kursus serta program pengajian yang ditawarkan dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesebuah universiti berkenaan.

Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UMS semakin bertambah, yang kini telah pun mencecah angka 40,000 graduan yang lebih dikenali sebagai ALUMNI. Atas dasar itulah penubuhan Pusat Alumni UMS antara lain adalah bertujuan untuk mengumpul kembali Alumni UMS sebanyak mungkin yang secara automatiknya semua pelajar dan/atau graduan adalah sebagai ahli dalam kolompok ALUMNI UMS tersebut.

Post a Comment