Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 9 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di ICT@Johor bagi jawatan berikut :


Jawatan:

1. PERSONEL MYSTEP

a) Jabatan : ICT@JOHOR

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

c) Kekosongan : Satu (1)

d) Kadar Upah : RM1,700.00

2. Tempoh Perkhidmatan : Mac 2023 hingga 1 Jun 2023

3. Waktu Bekerja : 9 (sembilan) jam sehari termasuk waktu rehat


4. Syarat Lantikan :

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga 30 tahun;
iii. Mempunyai SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan


5. Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang boleh diperolehi di Pejabat ini dengan cara datang sendiri di Pejabat ICT@Johor pada waktu pejabat.

b. Borang-borang yang telah diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :

i. Sijil kelahiran
ii. Kad pengenalan
iii. Sijil berhenti sekolah
iv. Sijil kelulusan persekolahan SPM atau setarafnya
v. Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan

Dan catatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas sampul surat

c. Setiap salinan surat/dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung)


Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA.

iii. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalatanggungjawab pemohon sendiri.


e. Skop Tugas

• Satu (1) orang yang berkemahiran dalam;

1.1 Melaksanakan tugasan khidmat pelanggan di Kaunter ICT@Johor;

1.2 Membantu tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di Kaunter ICT@Jrohor seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan jabatan;

1.3 Memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan;

1.4 Membantu merekod surat-surat masuk; dan

1.5 Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.


f. Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut :

SETIAUSAHA BAHAGIAN
ICT@JOHOR
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR
79503 ISKANDAR PUTERI
JOHOR


*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Mac 2023




Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Post a Comment