Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 16 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41 - 1 Kekosongan
(PENGURUS/IMAM I)

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29  - 1 Kekosongan

4. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA29  - 1 Kekosongan

5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29  - 2 Kekosongan

6. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19  - 4 Kekosongan

7. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 - 7 Kekosongan
(PEMBANTU PENGURUS/BILAL/SIAK)

8. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19  - 1 Kekosongan

9. PEMBANTU OPERASI GRED N11 - 1 Kekosongan


Umur:
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Warganegara:
  • Warganegara Malaysia; dan
  • Kelahiran Negeri Selangor, atau
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau
  • Telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN).* (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan)

Tempoh Perkhidmatan:
  • 2 Tahun

Cara Permohonan:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di alamat atau link di bawah.

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
@ www.jais.gov.my

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas (Gred 41 dan keatas).

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika : 

tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
tidak lengkap atau tidak terang;
tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
tidak besertakan gambar dan
tidak ditandatangani.

f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut:

selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Agama Islam Selangor di talian : 03-5514 3421 / 3475 / 3416 / 3550


* Sila rujuk maklumat lengkap iklan sebelum membuat permohonan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2023 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari





Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

Post a Comment