Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 13 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di Unit Korporat Dan Kualiti bagi jawatan berikut :


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : N11
Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,216.00
Gaji Maksimum : RM 2,982.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


1. Syarat Lantikan :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00);atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2 / B / D / E2 / E1 / E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus dalam subjek Matematik pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Penaklukan Di Bawah : Syarat – Syarat Skim Perkhidmatan Pegawai – pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat – syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan – pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

4. Deskripsi Tugas :-

(a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat / dokumen/ saman / notis serta pemanduan kenderaan

(b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2 / B / D / E2 / E1 / E.

(c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.


5. Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang UKK.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan mengambilnya sendiri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Aras 3 Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar 79503, Iskandar Puteri pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Johor di https://www.johor.gov.my/

(b) Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan dokumen- dokumen seperti berikut: -

(i) Sijil Kelahiran

(ii) Kad Pengenalan

(iii) Sijil berhenti sekolah

(iv) Lain-lain sijil / Diploma / Ijazah / surat akuan berkaitan.

(v) Lesen memandu

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A / Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(c) Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peruntukan Perintah Am Bab A21 dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

(d) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

UNIT KORPORAT DAN KUALITI,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
ARAS 3, BANGUNAN DATO JAAFAR MUHAMMAD, KOTA ISKANDAR,
79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR BAHRU.


Catatan Am

i. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.

ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.


*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 13 April 2023 (Jam 12:00 tengah hari)




Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Post a Comment