Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Jawatan:

1. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
Gelaran Jawatan : Guru Tabika Perpaduan
Gred Jawatan : S29
Kumpulan Perkhidmatan  : Sokongan I
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempoh Kontrak : Minimum 1 tahun
Agensi : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bilangan Kekosongan : Dua belas (12)
Tempat Kekosongan : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Jadual Gaji:
Min Max :  RM1,493.00 – RM5,672.00


Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
Elaun Bantuan Sara Hidup : RM350.00


Syarat Lantikan:

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan; dan

iii) memperolehi sekurang-kurangnya “Kepujian” (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.

iv) Keutamaan adalah bagi pemohon yang berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Selangor / Putrajaya.


Deskripsi Tugas:

i) Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

ii) Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

iii) Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yeng digunakan di Tabika.

iv) Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan bersama iklan ini (link muatturun borang ada disediakan di bawah). Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti di bawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:

a) Kad Pengenalan;
b) Sijil Kelahiran;
c) Sijil Berhenti Sekolah;
d) Sijil Peperiksaaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma berserta transkrip:
f) Sijil Vaksinasi Covid-19; dan
g) Lesen Memandu (jika ada)


Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 31 Mac 2023 ke alamat seperti berikut:

Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Kementerian Perpaduan Negara)
Tingkat 27, Menara TH Selborn,
No.153, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR


Panggilan Temuduga:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak
akan melayan sebarang tuntutan.


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 03-2602 4500 atau email ke ppnkl@perpaduan.gov.my.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)


*Sila baca cara mohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.

Post a Comment