Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Seremban - 3 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Bandaraya Seremban | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Seremban


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11

2. PENGHANTAR NOTIS GRED N11


Cara Memohon:

a) Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) boleh dilakukan dengan melengkapkan Borang Maklumat Pendaftaran di Google Form yang telah disediakan. Setelah melengkapkan maklumat peribadi, pemohon perlu mencetak Borang Jawatan Kosong MBS. Satu (1) borang adalah terhad kepada satu (1) jawatan sahaja.

b) Pemohon perlu melengkapkan maklumat di Borang Jawatan Kosong MBS yang telah dicetak dan menghantar terus ke Jabatan Khidmat Pengurusan, Wisma MBS berserta salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut:

i) Salinan kad pengenalan/MyKad; (telah dipalang ’untuk kegunaan MBS sahaja’)
ii) Salinan Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa;
iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
iv) Salinan sijil-sijil persekolahan/akademik;
(seperti: SRP/PMR/PT3/SPM/SVM/STP/STPM/STAM/Diploma/Ijazah)
v) Salinan Transkrip bagi sijil yang berkenaan;
vi)Sa linan Lesen Memandu bagi jawatan yang berkaitan;
vii) Sijil selain daripada sijil akademik tidak perlu disertakan
(contoh: sijil kokurikulum, penghargaan, penyertaan, dll); dan
viii) Satu (1) keping gambar berukuran passport yang telah dilekatkan pada borang permohonan.

c) Permohonan seperti berikut akan DITOLAK:

i) Dokumen di para (b) (i – v & vii) tidak disertakan;
ii) Borang dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
iv) Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.

d) Tarikh akhir tutup dan penghantaran borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban adalah pada 3 April 2023, jam 5.00 petang. Sebarang penghantaran borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima.


Catatan Am (PENTING – SILA AMBIL PERHATIAN)

i) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh Majlis Bandaraya Seremban; dan

ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 03 April 2023 (Isnin) Jam 5.00 petang





Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Seremban

Pengenalan

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.

Post a Comment