Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) - 14 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)


Positions:
 
1. SAINTIS GRED 10
(Gred 10 – Jawatan Kontrak) (Institut Agro- Bioteknologi Malaysia – ABI, Serdang, Selangor)

Kelayakan:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Merancang tugas-tugas penyelidikan berkaitan bioteknologi haiwan, termasuk menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan dan memohon geran penyelidikan;

2. Melaksanakan penyelidikan dan menyediakan laporan kemajuan serta pembentangan kerja setiap bulan bagi projek-projek penyelidikan yang diluluskan;

3. Melaksanakan penyelidikan dan pemindahan teknologi STI melalui khidmat nasihat kepakaran, pelaksanaan projek atau bengkel kepada stakeholder/penerima manfaat;

4. Membuat aktiviti pambangunan produk dan menjana pendapatan melalui pengkomersialan produk penyelidikan atau aktiviti perkhidmatan STI;

5. Membuat jaringan kerjasama strategik dengan IPTA/RI/Industri di peringkat Nasional atau antarabangsa;

6. Menulis draf penerbitan hasil projek penyelidikan dalam jurnal saintifik atau mendapatkan perlindungan Harta Intelek;

7. Terlibat dalam program latihan atau bengkel sebagai fasilitator/pelatih atau menjadi setiausaha dalam persidangan;

8. Menghadiri seminar, bengkel, pameran, persidangan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan;

9. Membuat permohonan alatan makmal, bahan kimia dan bahan pakai habis yang diperlukan untuk melaksanakan kerja penyelidikan;

10. Bertanggungjawab memastikan makmal dalam keadaan selamat dan keperluan yang diperlukan bagi menjalankan penyelidikan; dan

11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan Pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Memilik sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Bioteknologi (haiwan)/Sains Haiwan/Ternakan/Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Mempunyai pengalaman 1-2 tahun dalam bidang Biologi Molekular/Bioteknologi Haiwan/Kultur Sel/Mikrobiologi/ Veterinar atau Bioteknologi Ternakan;

4. Berpengalaman dan mahir menggunakan Flowcytometer dan terlibat dalam penyelidikan Kultur Sel adalah merupakan satu kelebihan.


2. SETIAUSAHA GRED 14
(Gred 14 – Jawatan Kontrak) (Institut Agro- Bioteknologi Malaysia – ABI, Serdang, Selangor)

Kelayakan:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menjalankan tugas pengurusan surat-menyurat dan fail serta pengurusan mesyuarat;

2. Menguruskan urusan tempahan hotel, tiket kapal terbang dan semua dokumen Pengarah ABI bagi urusan bertugas di luar pejabat;

3. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan seperti menyediakan minit mesyuarat, surat rasmi dan lain-lain urusan berkaitan;

4. Menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail Pengarah ABI;

5. Menguruskan tuntutan bagi pihak Pengarah ABI;

6. Menjaga diari/calendar serta merancang dan mengawal selia jadual kerja Pengarah ABI;

7. Menguruskan tempahan makan minum bagi mesyuarat yang diperngerusikan oleh Pengarah;

8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan Pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Memiliki Diploma Kesetiausahaan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya;

3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai Setiausaha kepada Pengurusan Atasan;

4. Mempunyai disiplin yang tinggi, menepati masa, cekap dan teratur; dan

5. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer.


Cara Memohon:

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dijemput menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel: 03-8949 5620
Emel:recruitment@nibm.my

Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup : 14 Mac 2023 (Selasa)




Jawatan Kosong 2023 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM

Company Overview

The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda  led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).

Post a Comment