Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED 48 (TERBUKA)

1.1 Jawatan/ Gred : Pegawai Penyelidik Gred 48 (Terbuka)
1.2 Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Bilangan Kekosongan : Satu (1)

Gred dan Jadual Gaji : RM5,118.00 – RM11,634.00 (Gred N48)


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia.

3.2 Berumur tidak kurang daripada 32 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3.3 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan akan diberi kepada caloncalon yang memiliki Sarjana dalam bidang-bidang yang tersebut di atas;

3.4 Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada sepuluh (10) tahun dalam bidang penyelidikan Undang-undang/ Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan serta juga pernah menerbitkan/ menulis apa-apa jurnal atau hasil penyelidikan.

3.5 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3.6 Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisianperisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan.

3.7 Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

3.8 Telah lengkap menerima vaksin COVID – 19.


2. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (KONTRAK)

1.1 Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir
1.2 Gred Jawatan : N41
1.3 Kementerian/ Jabatan : Parlimen Malaysia
1.4 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
1.5 Taraf Jawatan : Kontrak
1.6 Bilangan Kekosongan : Satu (1)

2. Gred dan Jadual Gaji : RM2,080.00 – RM9,546.00 (Gred N41)


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia;

3.2 Berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.2 Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3.3 Mendapat kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

3.4 Keutamaan akan diberikan kepada calon yang fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

3.5 Telah lengkap menerima vaksin COVID – 19.


Cara-cara Memohon:

4.1 Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).

4.2 Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

4.3 Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan), resume, salinan MyKad, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, salinan sijil berhenti sekolah, jurnal/ hasil penyelidikan (wajib) dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 ke atas).

4.4 Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)


Catatan Am :

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

(d) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Saimunira Binti Mohd Sidek (+603-2603-6886) dan Puan Faizatul Fazrin Binti Badrul Hisham (+603-2603-6883).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup : 31 Mac 2023 (Jumaat)





Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia

Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Post a Comment