Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 14 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia


Jawatan:

1. PERSONEL MySTEP (KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA)
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, TOURISM MALAYSIA

JAWATAN : PERSONEL MySTEP

KELAYAKAN : Setaraf Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : Mulai Tarikh Lapor Diri hingga 31 Disember 2023

PENEMPATAN : Bahagian Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM2,100.00 sebulan
(Termasuk caruman kepada KWSP dan PERKESO)


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(ii) Berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan perisian asas Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint, Teams dan lain-lain) serta editing software untuk penghasilan content media sosial (Canva, CapCut, Adobe Lightroom);

(iii) Berkemahiran dalam penulisan (copy writing), berkomunikasi serta bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;

(iv) Boleh bekerja secara berkumpulan terutama dalam menyelaras dan persediaan mesyuarat;

(v) Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.



2. PERSONEL MySTEP (KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA)
UNIT PERUNDANGAN, TOURISM MALAYSIA

JAWATAN : PERSONEL MySTEP

KELAYAKAN : Setaraf Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : Mulai Tarikh Lapor Diri hingga 31 Disember 2023

PENEMPATAN : Unit Perundangan, Pejabat Ketua Pengarah
Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM2,100.00 sebulan
(Termasuk caruman kepada KWSP dan PERKESO)


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d) Berpengalaman sebagai pegawai undang-undang sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas;

e) Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab:

(a) Menderaf kontrak.

(b) Membantu membuat semakan hal berkaitan dengan kontrak dan dokumen-dokumen perundangan.

(c) Menyertai rundingan berkaitan terma dan syarat kontrak.

(d) Membantu menyediakan pandangan Undang-undang (legal opinion).

(e) Membantu dalam penyelesaian pertikaian.

(f) Membantu menyelia kes mahkamah melibatkan Tourism Malaysia.

(g) Menghadiri mesyuarat yang melibatkan perundangan sekiranya diperlukan.


Arahan Dan Cara Memohon:

(a) Permohonan adalah secara dalam talian. Berikut adalah panduan ringkas bagi pemohon :

i. Log in dipautan berikut;
https://hr.tourism.gov.my/apps/recruitment/registration (link admin ada sediakan di bawah)

ii. Daftar pengguna > tetapkan kata laluan > aktifkan akaun > pilih menu
public log in.

iii. Log masuk > Pilih menu resume > lengkapkan resume > memuat naik
dokumen-dokumen berdasarkan senarai semak yang dikemukakan.

iv. Pilih jawatan yang ingin dimohon.

(b) Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar berukuran pasport terkini. Selain dari gambar pasport tidak dibenarkan.

(c) Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Mac 2023 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.


Catatan Am:

(a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi.

(b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(c) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

i. Puan Nor Ezlin Abdullah - 03-8891 8906
ii. Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962
iii. Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908
iv. Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


*Sila mohon melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2023 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.




Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia

Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Post a Comment