Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 5 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)


Jawatan:

1. PEGAWAI SAINS GRED C41

Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Pokok : RM2,317.00
Imbuhan Tetap : RM300 (Khidmat Awam)
RM300 (Perumahan)
RM300 (Sara Hidup)


Syarat-syarat Am:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

d) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang Kimia / Kimia Gunaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;


Syarat-syarat Khas:

a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan makmal, sistem pengurusan kualiti dan akreditasi makmal adalah satu kelebihan.

b) Mempunyai perwatakan dan personaliti yang baik.


Peranan Dan Tanggungjawab:

1. Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal penyelidikan dengan efisien.

2. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal.

3. Memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran staf makmal berjalan lancar.

4. Menguruskan penjanaan kewangan serta peralatan Pusat TanggungJawab.

5. Mengurus dan mengambil tindakan terhadap permintaan penggunaan peralatan makmal.

6. Merancang dan memantau pelajar yang menggunakan peralatan dan kemudahan makmal.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Jawatan yang dilampirkan berserta dengan salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil akademik yang telah disahkan dan resume anda ke: 

Institut Penyelidikan Produk Halal
Universiti Putra Malaysia
Putra Infoport
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
(u/p: Encik Fauzi bin Bosri)


Tarikh Tutup:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan sijil-sijil yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat di atas sebelum atau pada 05 April 2023 (Rabu).


Perhatian:

(a) Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dikehendaki semasa memohon akan menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;

(b) hanya calon-calon yang dipilh dalam penyaringan dan diperakui sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan

(c) pemohon jawatan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2023 (Rabu).




Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

Post a Comment