Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di UPM Kampus Bintulu - 5 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di UPM Kampus Bintulu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di UPM Kampus Bintulu


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang
diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11:RM1,218.00)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan tugas:

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan
luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang
kerja dan lain-lain tugas yang ditentukan dari masa ke semasa.


Syarat Umum Permohonan:

a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;

d) Calon perlu mengemukakan Salinan Rekod Kenyataan Perkhidmatan (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan Salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.

e) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

f) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan


Syarat Khas Permohonan:

Calon hendaklah mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam bidang automotif seperti
penyelenggaraan/servis serta baik pulih kenderaan.


Cara Memohon:
 
Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan (hrportal) yang boleh dicapai dalam laman web rasmi UPMKB di ejobs.upm.edu.my. (link admin ada sediakan di bawah)


Perhatian:

Permohonan secara online yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
 
1. Puan Lucy Asa
Tel: 086-855234
Email: lucy@upm.edu.my
 
2. Puan Rose Binti Sbee
Tel:086-855259
Email: rossb@upm.edu.my
 
3. Puan Masna Binti Suhaili
Tel: 086-855207
Email: masna@upm.edu.my
 
Bahagian Pentadbiran, UPMKB


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2023 (Rabu).


Klik Untuk Mohon Secara Online


Jawatan Kosong 2023 di UPM Kampus Bintulu

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) ini bukanlah suatu nama baru sebagai  destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Sejarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak bermula di kampus sementaranya di Natural Resources Training Centre, Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus ini telah berpindah ke kampus tetapnya di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987.

Pada 27 Ogos 1987, Universiti Pertanian Malaysia Sarawak telah ditubuhkan secara rasmi sebagai kampus cawangan melalui Perintah Universiti Pertanian Malaysia (No.2) 1987 di bawah tiga Pusat Pengajian – Pusat Pengajian Sains Gunaan, Pusat Sains Asasi dan Pusat Pengajian Sains Sosial dan Pengurusan. Pusat tersebut menawarkan tiga program di peringkat Diploma iaitu Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Perniagaantani di samping satu program pendahuluan. 

UPMKB terletak 13 km dari Bandar Bintulu, dikelilingi dengan rimbunan kehijauan yang kaya dengan flora dan fauna. Kampus ini mempunyai keluasan 714.178 hektar dan boleh menampung sehingga 2800 orang pelajar. 

UPMKB adalah kampus cawangan UPM dan sekarang ini mempunyai sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (FSPM). Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program PhD, Master, Bacelor dan Diploma.

Post a Comment