Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor - 11 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Taraf Jawatan 1 Kontrak
Bilangan Kekosongan : Satu

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,418.00
Gaji Maksimum : RM9,607.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Memiliki ljazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

Sijil Amalan Guaman
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

Barrister-at-law-England
(Gaii permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00); atau

Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority
(Gaji permulaan ialah pada Gred L41: RM2,418.00)


Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

a. Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek nasihat perundangan, guaman dan hal ehwal korporat dan komersil syarikat yang merangkumi perkara-perkara berikut:

i. menyediakan dan/atau memberikan ulasan, pandangan dan nasihat perundangan kepada syarikat secara bertulis atau lisan mengenai perkara-perkara yang berkaitan undang-undang;

ii. menyemak, memberi ulasan dan membantu meluluskan dokumen perundangan seperti perjanjian, nota pihak ketiga, surat atau memorandum persefahaman;

iii. menggubal dokumen perundangan seperti perjanjian, nota pihak ketiga dan surat/ memorandum persefahaman;

iv. membantu persediaan untuk rundingan mengenai perjanjian dan surat/ memorandum persefahaman di dalam dan di luar negeri;

v. menghadiri mesyuarat pelbagai serta rundingan mengenai perjanjian dan surat atau memorandum persefahaman di dalam dan di luar negeri;

vi. membantu menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu undang-undang dan menyediakan pandangan atas permintaan syarikat dan arahan pegawai atasan;

vii. meneliti dan mengendalikan kes-kes pelaksanaan dan penguatkuasaan penghakiman dan perintas kos oleh dan terhadap syarikat; dan

viii. meneliti dan mengendalikan kes-kes tuntutan sivil yang difailkan oleh dan terhadap syarikat serta pengendalian kes-kes timbang tara.


Cara Memohon:

i. Permohonan hendakiah menggunakan borang permohonan jawatan disediakan yang boleh dimuat turun secara atas talian di www.jbiotech.qov.my.

ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, sijilldokumen yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain yang disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada 11 April 2023 jam 4.30 petang (Tempoh Lanjutan)

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor
No 44, Jalan Iskandar Putri 1/2
Taman Nusantara Prima
81550 Gelang Patah
Iskandar Puteri
Johor

iii. Nama jawatan yang dipohon dan tarikh tutup iklan hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.


Catatan:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga;

ii. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup;

iii. Permohonan yang tidak menggunakan borang permohonan jawatan yang disediakan, tidak disertakan dokumen yang diperlukan, tidak lengkap atau tidak terang/tidak jelas dan tidak mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan akan ditolak.

iv. Permohonan yang lewat atau diterima selepas tarikh tutup iklan juga akan ditolak.

v. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon;

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor

Company Overview

Journal of Biotechnology is a peer-reviewed scientific journal covering research ranging from genetic and molecular biological positions to biochemical, Expanding food value chain through the application of bio-technology, modern, spacious and efficient in commercial agriculture. Sustainable Green Life.

Post a Comment