Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 18 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L48)

1. (a) Jawatan : Pegawai Undang-Undang (Gred L48)
(b) Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
(c) Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman

2. Jadual Gaji (Minimum-Maksimum): RM 5,166.00 – RM 11,695.00

3. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Sijil Amalan Guaman; atau

(iii) Barrister-at-law-England; atau

(iv) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulation Authority.

(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(e) Mempunyai pengalaman kerja dan sekurang-kurangnya 8 tahun dalam bidang perundangan;

(f) Mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Fungsi Bidang Tugas:

Antara fungsi bidang tugas jawatan adalah seperti berikut:

(i) Menguruskan hal ehwal perundangan dan penguatkuasaan Multi Lane Fast Flow (MLFF);

(ii) Memantau pematuhan terma perjanjian berkaitan pelaksanaan MLFF;

(iii) Memberi khidmat nasihat perundangan berkaitan MLFF; dan

(iv) Menerima dan menyemak data serta maklumat berhubung pengguna lebuh raya yang melakukan kesalahan tol.


2. PENOLONG JURUTERA (AWAM) (GRED JA29)

1. (a) Jawatan : Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29
(b) Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan

2. Jadual Gaji (Minimum-Maksimum) : RM 1,549.00 – RM 5,701.00

3. Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02); dan

(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Fungsi Bidang Tugas:

Bertanggungjawab mengendalikan perancangan dan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan awam iaitu membantu menyediakan isi kandungan perjanjian konsesi dan teknikal apendiks lebuh raya baharu, menyediakan laporan outcome lebuh raya yang telah beroperasi, mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga serta tender.


3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)

1. (a) Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)
(b) Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

2. Jadual Gaji (Minimum-Maksimum): RM 1,493.00 – RM 5,672.00

3. Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,770.95).

(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29), tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

a) (i) Mempunyai kelayakan diperenggan 3(c) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

b) (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

5. Taraf Jawatan : Kontrak

6. Fungsi Bidang Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, pengurusan fail dan rekod Jabatan serta rekod perkhidmatan pegawai.


4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)

1. (a) Jawatan : Pembantu Setiausaha Pejabat (Gred N19)
(b) Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan

2. Jadual Gaji (Minimum-Maksimum): RM 1,352.00 – RM 4,003.00

3. Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Kontrak

5. Fungsi Bidang Tugas:

Bertanggungjawab untuk memastikan segala urusan harian di Pejabat Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat- menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja pegawai penyelia supaya teratur.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuh raya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 4 April 2023 (Selasa) hingga 17 April 2023 (Isnin).


Permohonan Ditolak:
 
Permohonan akan ditolak sekiranya:

1. Tidak lengkap;

2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan

3. Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.


Catatan Am:

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2023 (Selasa).




Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Tentang kami

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.

Post a Comment