Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia - 12 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perubatan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Perubatan Malaysia


Jawatan:

1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 54

(a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19
(b) Badan Berkanun : Majlis Perubatan Malaysia
(c) Kumpulan Perkhidmatan: Kumpulan Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran Dan Sokongan (N)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00


Syarat Lantikan & Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00);
atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40);
atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar
Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas;dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Majlis Perubatan Malaysia di Borang Permohonan.

b. Setiap permohonan yang dihantar perlu disertakan salinan hardcopy borang dan sijil-sijil berkaitan dan di dikemukakan alamat Majlis Perubatan Malaysia, Blok C, Aras 1, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur.

c. Setiap borang permohonan jawatan mestilah disertakan sekeping gambar berukuran passport,salinan sijil-sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Kad Pengenalan dan Surat Beranak

ii. Diploma/Ijazah beserta Transkrip Surat Akuan pengiktirafan Ijazah/Diploma/sijil daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA

iii. Surat berhenti sekolah

iv. Sijil-sijil seperti PMR, SPM, STPM dan

v. Sijil-sijil lain yang berkaitan

d. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Bandan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun yang terkini.


Tarikh Tutup Permohonan

a. Semua permohonan hendaklah diterima oleh Majlis Perubatan Malaysia selewat-lewatnya pada 12 Mei 2023 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

b. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Alamat Penghantaran:

a) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Perubatan Malaysia,
Blok D, Aras 1, 50590, Kuala
Lumpur

11. Hanya pemohon yang layak dan melepasi asas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga bagi jawatan ini.

12. Majlis Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri sesi temu duga yang berkaitan.

13. Hanya calon yang BERJAYA sahaja dalam sesi temu duga yang akan dimaklumkan.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mei 2023 (Jumaat).

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah




Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perubatan Malaysia

Pengenalan

In the course of providing safe and competent health care services for the country, the Malaysian Medical Council was established by an Act of Parliament approved on 27 September 1971 and gazetted on 30 September 1971.

Post a Comment