Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Negeri Kedah - 17 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Muzium Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PEMBANTU MUZIUM S19 - 2 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00 
Kenaikan Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

i. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,352.00); atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,408.40); atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM 1,464.80); atau

iv) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Permohonan:

Borang MNK 1/2023 yang berharga RM 2.00 boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pejabat Muzium Negeri Kedah Darul Aman. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat berikut:-

PENGARAH,
MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN,
LEBUHRAYA DARUL AMAN,
BAKAR BATA,
05100 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

2. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak

3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan

5. Pentadbiran Muzium Negeri Kedah Darul Aman tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.


*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 17 April 2023 (Isnin) Sebelum Jam 4.30 Petang




Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Muzium Negeri Kedah

Sejarah

Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah.

Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan muzium ini dipindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. Pada Julai tahun 1964, Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah. Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theatrette.

Terdapat 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sasstera. Selain dari itu kemudahannya turut dipertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.

Post a Comment