Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 2 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Jawatan:

1. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 - 6 Kekosongan

1.1 Jawatan : Guru Tabika Perpaduan Gred S29 (Kontrak)
1.2 Gred Jawatan : S29
1.3 Kumpulan : Pelaksana Perkhidmatan
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Agensi : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis
1.6 Bilangan Kekosongan : Enam (6)
1.7 Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis

Jadual Gaji:
P1 RM1,493.00 – RM5,672.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 160.00
Bantuan Sara Hidup (COLA)- Min RM 300.00 Max RM 350.00 

Ganjaran:
 
171 /2% - (Caruman majikan dalam KWSP) x gaji akhir (gaji pokok) x jumlah bulan perkhidmatan ditolak dengan jumlah faedah syer kerajaan (majikan) di dalam KWSP bagi tempoh bulan perkhidmatan dengan syarat pegawai menyempurnakan perkhidmatan kontrak ini dengan memuaskan.


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

Terdiri daripada Warganegara Malaysia;

Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Calon bagi hendaklah memiliki DIPLOMA dalam Bidang berkaitan PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi -institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan ialah Gred 29 : RM 1,770.95)

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas.

Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan bersama iklan ini (link muatturun borang ada disediakan di bawah). Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti di bawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:

a) Kad Pengenalan ;
b) Sijil Kelahiran ;
c) Sijil Berhenti Sekolah ;
d) Sijil Peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma beserta Transkrip : dan
f) Lesen Memandu
g) Sijil Digital Vaksinasi COVID-19


Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 02 Jun 2023 ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Negeri Perlis
Tingkat 3, Bangunan Tun Haji Abd. Razak
01000 KANGAR, PERLIS


Panggilan Temuduga:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungjawab sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian 04-976 2242 atau emel ke ppnperlis@perpaduan.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Jun 2023 (Jumaat)


*Sila baca cara mohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.

Post a Comment