Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Pembangunan Wanita - 30 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Pembangunan Wanita | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Pembangunan Wanita.


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Lelaki dan Belum Berkahwin (Bujang);

3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

4. Memiliki Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

5. Memiliki pengetahuan asas dalam mengendalikan Adobe Photoshop dan Adobe lllustrator,

6. Mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

7. Keutamaan kepada calon yang tinggal di kawasan berdekatan Bandar Shah Alam, Selangor; dan

8. Berperwatakan ceria, suka membantu dan berminat menyertai program luar Jabatan.

Maklumat mengenai Gaji dan Tugas-Tugas Jawatan di atas boleh diperolehi melalui pautan



Cara Memohon:

1. Kemukakan resume beserta gambar terkini berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan ke alamat berikut :-

PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SELANGOR
ARAS 7, PLAZA PERANGSANG, PERSIARAN PERBANDARAN
40000 SHAH ALAM, SELANGOR
(U/P : Puan Era Niza Binti Abdul Khalid)


2. Hanya calon yang yang layak selepas proses tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

3. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh diajukan kepada pegawai Puan Kharyati Binti Mohd Kushari atau Puan Era Niza Binti Abdul Khalid di talian 03-55118891 pada waktu pejabat.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Jun 2023 (Jumaat)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini


Jawatan Kosong di Jabatan Pembangunan Wanita - 30 Jun 2023

Latar Belakang

Pada tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (National Advisory Council on the Integration of Women in Development – NACIWID) sebagai jentera bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Urus setia Majlis tersebut adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri . Ahli-ahli Majlis berkenaan dilantik oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh tiga tahun.

Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID.

Pada 26 Ogos 1985, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan dengan menaikkan tarafnya kepada Bahagian.

Pada 27 Oktober 1990, Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Pada 29 Januari 1997, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan.

Pada 1 Julai 1997, HAWA beroperasi sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.