Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) - 24 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)


Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN (GRED W29)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM1,788.00
Gaji Maksimum: RM5,678.00


Syarat Utama Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan

3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Bagi Kekosongan Jawatan:

1 Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau

2 Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; Atau

3 Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau

4 Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan sahaja.

2. Calon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) permohonan jawatan sahaja bagi satu (1) borang.

3. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan dokumen yang *disahkan sebagaimana berikut:

a. Kad pengenalan.
b. Sijil kelulusan pelajaran.
c. Sijil Diploma atau Certified Accounting Technician (CAT).
d. Kad pengenalan ibu bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
e. Resume yang lengkap.
*pengesahan adalah daripada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung dan yang setaraf.

4. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK jika:

a. Permohonan tanpa menggunakan Borang Permohonan Jawatan.
b. Berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
c. Maklumat dalam Borang Permohonan Jawatan tidak diisi dengan lengkap dan sempurna.
d. Dokumen yang diserahkan adalah tidak lengkap, tidak jelas dan/atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
e. Diterima selepas tarikh tutup permohonan.

5. Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 24 Mei 2023 (Rabu). Semua permohonan hendaklah diterima oleh LAUT selewat-lewatnya sebelum atau pada 24 MEI 2023 (RABU) Jam 4.00 Petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga adalah di bawah tanggungan sendiri. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklum.

8. Sebarang permohonan adalah diteliti mengikut budi bicara Pentadbiran ini.


Cara Penghantaran Permohonan:

Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui salah satu kaedah berikut:

a. emel kepada hr@laut.gov.my ; Atau

b. pos / serahan tangan kepada Lembaga Sumber Air Terengganu seperti alamat di bawah (sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat):

PENGARAH
LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU
LOT 54998-55003, JALAN TENGKU MOHAMAD,
21200 KUALA NERUS, TERENGGANU.


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 24 Mei 2023 (Rabu)




Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)

Tentang kami

Penubuhan LAUT bermula daripada arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada Jabatan Bekalan Air Terengganu (JBAT) untuk memelihara sumber air. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri, melalui Jabatan Bekalan Air, telah melihat kepada Enakmen Sungai 1938 untuk menggubal Enakmen Sumber Air Terengganu yang baharu yang ditambah baik dengan perkembangan persekitaran semasa.

Halatuju terbaharu yang Kerajaan Negeri ini adalah berdasarkan perubahan kualiti sumber air negeri yang diamati serta maklumbalas rasmi atau tidak rasmi daripada rakyat Terengganu yang diterima secara berterusan. Oleh itu, Jabatan Bekalan Air yang diteraju oleh Puan Safura Mad Juhari ketika itu mengambil inisiatif mendapatkan panduan daripada badan-badan kawal selia air beberapa buah negeri yang telah ditubuhkan lebih awal. Langkah ini adalah untuk memastikan enakmen yang bakal digubal menggantikan Enakmen Sungai 1938 kelak bersifat lebih holistik, meluas, serta mengambil kira kegunaan sumber air Terengganu pada kadar terkini serta kemungkinan perubahan di masa hadapan.

Proses penggubalan enakmen baharu ini melibatkan konsultasi dan bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta daripada pelbagai kepakaran dan bidang kerja seperti pelaksana, penggubal dasar, akademik dan berbagai lagi. Dan hasilnya, Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020, ESAT 2020, telah berjaya digubal dan diluluskan oleh Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 pada 12 Ogos 2020. Pewartaan ESAT 2020 pada 1 Disember 2020 pula telah secara rasmi melahirkan organisasi yang dinamakan Lembaga Sumber Air Terengganu atau lebih dikenali sebagai LAUT.

Post a Comment