Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) - 16 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)


Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH GRED DM41

Gaji Minimum : RM2,290.00 
Gaji Maksimum : RM9,552.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

i. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU (Gaji permulaan ialah pada Gred DM41: RM2290.00); atau

ii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; DAN

iii. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan. (Keutamaan calon dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Tahfiz Al-Quran)

iv. Memiliki kecemerlangan akademik seperti berikut:

a) Satu (1) penulisan dalam jurnal yang diiktiraf @ dua (2) bab dalam buku @ sebuah buku ilmiah; dan

b) Telah membentangkan kertas kerja sekurang-kurangnya sekali (1) dalam persidangan atau dalam penulisan pengkhususan; dan

c) Segala penyelidikan, penulisan dan pembentangan semasa pengajian siswazah akan diambil kira.
ATAU

v. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; DAN

vi. Keutamaan diberikan kepada mereka yang fasih Berbahasa Arab & Bahasa Inggeris

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, menyemak/menyediakan kurikulum/silibus, melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar. 


2. PENSYARAH GRED DM45 - 3 Kekosongan

Gaji Minimum : RM3,070.00
Gaji Maksimum : RM11,095.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM255.00

Syarat Lantikan:

i. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

ii. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37); atau

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; DAN

iv. Mempunyai pengalaman yang luas dan kelayakan dalam bidang-bidang berkenaan. (keutamaan calon dalam bidang Muamalat, Ekonomi (Syariah), Kewangan/Perbankan Islam dan Industri/Pengurusan Halal)

v. Memiliki kecemerlangan akademik seperti berikut:

a) Satu (1) penulisan dalam jurnal yang diiktiraf @ dua (2) bab dalam buku @ sebuah buku ilmiah; dan

b) Telah membentangkan kertas kerja sekurang-kurangnya sekali (1) dalam persidangan atau dalam penulisan pengkhususan; dan

c) Segala penyelidikan, penulisan dan pembentangan semasa pengajian siswazah akan diambil kira.
ATAU

vi. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; DAN

vii. Keutamaan diberikan kepada mereka yang fasih Berbahasa Arab & Bahasa Inggeris

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial/menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, menyemak/menyediakan kurikulum/silibus, melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.


Jawatan Pentadbiran:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 1 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

iii. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Felo dan Penyelia Asrama dalam melancarkan pentadbiran kolej yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan kemudahan asas yang lain.


2. PEMBANTU TADBIR N19 - 1 Kekosongan

Gaji Minimum : RRM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia ;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

iii. Keutamaan calon akan diberikan kepada mereka yang fasih Berbahasa Arab & Bahasa Inggeris serta menguasai/mempunyai kemahiran komputer yang baik seperti penggunaan ‘Microsoft Office’ (Word, Exel & PowerPoint) dan “Adobe Photoshop”.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi serta bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mei 2023 (Selasa)






Jawatan Kosong 2022 di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Latar Belakang

Sistem pendidikan Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bermula sejak tahun 1923 lagi. Ianya terus berkembang hingga sekarang di Negeri Johor baik di peringkat rendah mahu pun di peringkat menengah telah pun mantap dan berjaya mengeluarkan pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi. Bagi menampung permintaan pelajar lepasan menengah untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, MARSAH telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam di negeri Johor.

Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.

Post a Comment