Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kampar (MDK) - 12 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Kampar (MDK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kampar (MDK)


Jawatan:

1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,549.00
Maksimum: RM 5,701.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan); (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

ii) Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

iii) Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,935.02);


2.  PEMANDU KENDERAAN (LELAKI SAHAJA) H11

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,218.00
Maksimum: RM 2,939.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D: RM1,264.15
Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
Lesen F/H: RM1,356.45
Lesen G/I: RM1,402.60


3. PEMBANTU AWAM H11

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,218.00
Maksimum: RM 2,939.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM 1,218.00),


Cara Memohon:

a. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kampar atau melayari laman web rasmi Majlis Daerah Kampar di pautan www.mdkampar.gov.my.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak, Sijil Tamat Sekolah, Sijil Persekolahan, kelulusan akademik serta dua keping sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM1.50.

Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

Keterangan lanjut berhubung dengan iklan seperti syarat-syarat lantikan boleh didapati di Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia Majlis Daerah Kampar pada wakiu pejabat atau melalui telefon 05-4671052, 05-4671059 dan 05- 4871027.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kampar,
Kompleks Pentadbiran MDKpr,
Jalan Iskandar,
31900 KAMPAR, PERAK


Catatan Am:

a. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi tidak akan diterima. Sila nyatakan TIADA atau ' --- ' sekiranya tidak berkaitan;

b. Hanya calon yang berjaya selepas fapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan keputusan pemilihan adalah muktamad;

c. Segala tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga dan permohonan lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan;

d. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

e. Taraf kekosongan jawatan adalah Kontrak (Contract of Service). Jawatan bertaraf tetap akan dipertimbangkan sekiranya terdapat kekosongan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah 


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mei 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Kampar (MDK)

Latar Belakang

Majlis Daerah Kampar (dahulunya Majlis Daerah Kinta Selatan) telah ditubuhkan pada 1.12.1979 apabila berkuatkuasanya Warta Kerajaan Pk.PU 11 bertarikh 24.03.1981.  Dahulunya dikenali sebagai Lembaga Bandaran iaitu cantuman di antara  sebuah Lembaga Bandaran (Kampar) dan tiga buah Majlis Tempatan iaitu Gopeng, Jeram dan Malim Nawar.

Nama Majlis Daerah Kinta Selatan telah ditukar kepada Majlis Daerah Kampar dengan singkatan MDKpr yang telah diluluskan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 403 bertarikh 25 Februari 2009.Penukaran ini adalah selaras dengan pengwujudan daerah baru iaitu Daerah Kampar hasil dari pecahan daerah kecil Gopeng dan Kampar daripada daerah Kinta.Perisytiharan Daerah Kampar telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 586, No. 587 dan No.588 bertarikh 23.04.2009.

Post a Comment