Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang - 7 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Kluang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Kluang


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19


Syarat Lantikan Jawatan 1:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik politeknik tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,549.00 ]; atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,935.02]


Syarat Lantikan Jawatan 2:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).


Syarat Lantikan Jawatan 3:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah SECARA ONLINE DI LAMAN WEB MAJLIS PERBANDARAN KLUANG IAITU http://www.mpkluang.gov.my atau terus melalui link http://esistem.mpkluang.gov.my/eJOB_MPKLUANG/ (link admin ada sediakan di bawah)


Perhatian Kepada Pemohon:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklahdisertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini sertaLaporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;

b) Permohonan bagi jawatan Gred 29 hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ sebagaimana berikut :

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit

ii. Menggunakan suara pemohon sebenar

iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:

- Ringkasan Latarbelakang keluarga pemohon
- Ringkasan latarbelakang Pendidikan pemohon
- Ringkasan pengalaman kerja pemohonan
- Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
- Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohonan
- Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon
- Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’
- Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
- Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
- Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon

iv. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif dan hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat hrmpkluang@gmail.com. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai nama pemohon/No.KP dan jawatan dipohon (rename). [Ali bin Abu 000130015213 Penolong Pegawai Tadbir N29]

c) Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan dan muat turun gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan.

Pemohon yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau tidak lengkap akan DITOLAK.

d) Hanya calon-calon yang ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap sebagai tidak TIDAK BERJAYA.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon melalui online (link ada disediakan di bawah)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Mei 2023 (Ahad)



Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kluang

Latar Belakang

Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan keretapi.

Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama.

Post a Comment