Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - 22 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)


Jawatan:

1. PEGAWAI KESELAMATAN BANGUNAN

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gred : IP8
Skala Gaji : RM2,688.00 – RM9,630.00

Syarat kelayakan:

Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

• Menyemak dasar dan langkah sedia ada serta mengemas kini mengikut perundangan;

• Memulakan dan menganjurkan latihan Garis Panduan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHS) untuk pekerja dan eksekutif;

• Memeriksa keadaan premis kerja dan kakitangan untuk mengenal pasti isu atau ketidakpatuhan SOP (contohnya, tidak menggunakan peralatan perlindungan);

• Mengawasi pemasangan, penyelenggaraan, pelupusan bahan dan sebagainya;

• Menghentikan sebarang tindakan atau proses yang tidak selamat yang kelihatan berbahaya atau tidak sihat;

• Merekod dan menyiasat insiden pelanggaran keselamatan untuk menentukan punca dan mengendalikan tuntutan pampasan pekerja;

• Menyediakan laporan tentang insiden pelanggaran dan memberikan maklumat statistik kepada pengurusan atasan;

• Menyelia dan memantau pengawal-pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat rondaan dan menjaga keselamatan bangunan;

• Melaporkan sebarang insiden pelanggaran dan isu-isu keselamatan yang dikenalpasti kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya;

• Memastikan penyelarasan Polisi Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (EHS), pusat kawalan dan pengawal keselamatan;

• Memberi arahan dan mengawal fungsi serta tugasan pengawal keselamatan; Memberi taklimat bagi semakan menyeluruh sebelum pertukaran shif dan rondaan pengawal keselamatan;

• Memantau, mengawal selia, menyimpan rekod serta mengoperasikan sistem komputer Integrated Security Management System (ISMS) yang mengandungi Closed Circuit Television System (CCTV), Card Access & Biometric System, Guard Tour System dan Visitor Management System.

• Menyimpan data sulit yang terdapat di dalam ISMS.

• Membuat penambahbaikan terhadap ISMS dari semasa ke semasa;

• Menjalankan sebut harga atau tender berkaitan keselamatan bangunan; dan

• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Syarat kelayakan:

• Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• Mempunyai kesihatan yang baik untuk berkhidmat dan tidak mempunyai sejarah penyakit kronik; dan

• Mempunyai pengalaman dalam bidang sekurangkurangnya tiga (3) hingga lima (5) tahun.


Cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web kami bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini. (admin ada sediakan link untuk muatturun borang di bawah)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.


Penting:

1) Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web berikut:
(http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm) atau
(https://www2.mqa.gov.my/mqr/); dan

2) Pemohon hendaklah menyertakan SIJIL VAKSINASI LENGKAP 2 DOS COVID-19 (diwajibkan) serta dos penggalak (jika ada).


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mei 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Latar Belakang

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.

Post a Comment