Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan - 29 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Labuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Labuan


Jawatan:

1. PERSONAL MYSTEP GRED 41

Pendidikan : Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Teknologi Maklumat
Gaji : RM2100.00
Tempoh Perkhidmatan : *mulai Tarikh Lapor Diri Sehingga Tidak Kurang Daripada Sebulan Dan Tidak Melebihi 12 Bulan
Kekosongan : 1
Penempatan : Jabatan Pengurusan Maklumat

Syarat Lantikan / Kriteria Calon 

A. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia

ii) Keutamaan Calon LELAKI

iii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iv) Ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

vi) Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan 


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2023 (Jumaat)


2. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Gred : N41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan : 1

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,080.00
Gaji Maksimum : RM9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00); atau

b. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijl Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2023 (Isnin)



Syarat-syarat Permohonan:

i. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui Laman Web: www.pl.gov.my; (admin sediakan link muatturun di bawah)

ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:

a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini; (WAJIB)

b. Salinan kad pengenalan; (WAJIB)

c. Sijil lahir pemohon; (pemohon dan Ibubapa) (WAJIB)

d. Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (WAJIB) (PT3/PMR/SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

e. Sijil berhenti sekolah; dan

f. Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. (semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan)

iii. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (ii) dan (iii) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan

v. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
MENARA PERBADANAN LABUAN
TINGKAT 11, JLN OKK AWANG BESAR
PETI SURAT 81245
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.





Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan


Latar Belakang

Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.

1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

Post a Comment