Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) - 1 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)


Jawatan:

1. JURUTERA J41

Jawatan : Jurutera
Gred : J41
Fungsi Utama : Elektrik
Gaji Dan Elaun (Min) : RM 2,529.00 - RM 9,643.00 (Maks)
Taraf Jawatan Kontrak:
Tempoh Lantikan Dua (2) Tahun
[tertakluk Kepada Keputusan Lembaga Pengelola Universiti]
Tempoh Percubaan : Enam (6) Hingga Dua Puluh Empat (24) Bulan

Syarat Permohonan:

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.

c. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d. Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia

e. Calon juga hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Skop Fungsi Dan Bidang Tugas:

Bertanggungjawab merancang, membantu, khidmat nasihat dan menyelaras dalam pembangunanan dan penyelenggaraan bagi fasiliti sedia ada dan baru, khidmat kejuruteraan mekanikal dan elektrik, perpaipan dan pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.


1. Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

- Bertanggungjawab menyelaras, mengawal dan menyelia pelaksanaan kerja-kerja di tapak projek dan berbincang dengan jurutera, juruperunding dan kontraktor untuk mencari penyelesaian bagi apa-apa masalah teknikal di tapak projek.

- Merancang pelaksanaan projek pembangunan yang dipertanggungjawabkan sehingga tempoh siap dengan menggunakan beberapa kaedah pengurusan projek.

- Mengawal selia kerja-kerja di tapak sejajar dengan penjagaan dan kawalan alam sekitar yang disyaratkan dan memantau pematuhan kontraktor ke atasnya.

- Mengarah kontraktor untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pembinaan dalam tempoh membaiki kecacatan.

- Menyediakan laporan kemajuan semua projek pembangunan yang sedang/ belum dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan.

- Menyediakan laporan projek pembangunan untuk dilaporkan kepada Pihak pengurusan Universiti dan lain-lain agensi yang berkaitan.

- Memeriksa dan menyemak kertas perakuan, surat setuju terima sijil bayaran dan lainlain.

- Urus setia kepada mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan projek supaya diadakan dengan sempurna dan lancar.

- Menyediakan kertas pertimbangan dan kertas makluman untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah dan menjawab surat-surat berkaitan.

- Membantu dan mengurus peruntukan pembangunan, penyediaan inden kerja, dokumen sebut harga/ tender bagi kerja-kerja pembinaan prasarana/ bekalan peralatan yang diluluskan.

- Membantu menyediakan anggaran dan justifikasi belanjawan pembangunan, projek dan belanjawan mengurus mengikut garis panduan dan pekeliling.

- Membuat anggaran kos dan pelan penjimatan.

- Melaksanakan kerja-kerja mengaudit dan penetapan standard.


2. Aspek Mekanikal dan Infrastruktur

- Menyemak dan mengesahkan surat-menyurat berkenaan dengan pentadbiran kontrak, termasuk tuntutan bayaran ansuran, arahan perubahan kerja, sijil-sijil pelaksanaan, permohonan lanjutan masa dan lain-lain dokumen.

- Mengesan kemajuan kontrak dan prestasi kontraktor, termasuk melawat tapak, mengkaji dan menyelesaikan masalah kecil, perbincangan dengan penyelia kontrak/ kontraktor dan mengesan tindakan susulan yang diputuskan.

- Menyediakan dan mengesahkan kerja-kerja kontrak dan projek serta laporan-laporan lain yang ditugaskan.

- Melawat tapak projek, menyiasat pelaksanaan dan memantau kemajuan kontrak.

- Pelan pencegahan dan penyelesaian apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka.

- Menyediakan dokumen pemeriksaan atau checklist untuk menjalankan pemeriksaan berkala samaada harian, mingguan, bulanan dan tahunan.


3. Aspek Teknikal

- Menjalankan kajian teknikal dan feasibility serta penyiasatan tapak projek kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal

- Melaksanakan kerja-kerja analisa dan reka bentuk (konsep dan terperinci) dengan menggunakan perisian komputer berpandukan garis panduan, kod amalan dan piawaian kejuruteraan.

- Menyedia dan memberi bimbingan kepada kakitangan sokongan dalam menyediakan lukisan kejuruteraan dan menyemaknya.

- Mengurus perubahan atau pindaan reka bentuk kejuruteraan, dan memaklumkan pihak yang terlibat.

- Mengurus, menyelia dan melakukan lawatan ke tapak bina, memberi nasihat dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan reka bentuk dan pembangunan kejuruteraan.

- Berkomunikasi dengan semua stakeholders seperti pelanggan, Juruukur Tanah, Arkitek, Juruukur Bahan, Jurutera Elekrikal dan Mekanikal, pembekal, perunding dan kontraktor.

- Memberi khidmat nasihat teknikal dan kejuruteraan dengan profesional kepada pihak yang terbabit dalam pembinaan projek di tapak.

- Mengurus pelantikan perunding dan menyemak serta mengaudit reka bentuk yang dibuat oleh perunding.

- Menyediakan laporan teknikal dan laporan reka bentuk projek, bahan-bahan taklimat, minit dan maklum balas mengikut piawaian.

- Memastikan hal ehwal keselamatan dipatuhi.


4. Aspek Elektrikal

- Membantu merancang dan mengurus kerja penyelenggaraan elektrik di dalam kampus

- Membantu merancang dan mengurus kerja pembaikan dan senggaraan pemasangan elektrik di bangunan dan kuarters.

- Membantu mereka bentuk, menyedia spesifikasi kerja dan menyelia kerja-kerja sokongan elektrik.

- Membantu merancang dan mengurus perbelanjaan senggaraan rumah pam dan memastikan stok peralatan sentiasa dalam simpanan.

- Menyediakan laporan dan maklumat teknikal elektrik untuk cawangan/ kawasan.

- Melatih dan memastikan kakitangan berkeupayaan mahir dalam tugas dan memastikan keselamatan di bengkel dan semasa penyelenggaraan diutamakan.


Kaedah Permohonan:

a. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di laman web Jawatan Kosong UniSHAMS dan muatnaik dokumen-dokumen berkaitan yang disahkan benar pada pautan Google Form yang dinyatakan di dalam laman sesawang tersebut.

b. Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

c. Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia di talian 04-415 5030 (Cik Siti Khalijah) / 04-415 5034 (En.Hanif), atau e-mel ke pengarahbsm@unishams.edu.my/ atau unitperjawatan@unishams.edu.my


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Jun 2023 (Khamis)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.





Jawatan Kosong 2021 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)

Latar Belakang

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.

Pihak Universiti al-Azhar pula telah membuat lawatan balas ke Negeri Kedah pada l hb hingga 7hb September 1994 yang diketuai oleh Rektornya Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Abdul Fatah Al-Syeikh Husaini sehinggalalah perjanjian kerjasama MOU telah ditandatangani di Wisma Darul Aman, Kedah oleh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff dengan Rektor Universiti Al-Azhar, Prof. Dr. Abd Fattah Husaini El-Syeikh pada 3hb September 1994.