Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) - 7 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM 2,315.00
Gaji Maksimum: RM 9,618.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. i. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM 2,315.00) ; atau

ii. Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM 2,833.78); atau

iii. Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM 3,145.11) 

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 


2. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM 1,773.00
Gaji Maksimum: RM 5,674.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Gred L29 : RM 1,773.00) ; atau

ii. Diploma dalam bidang Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM 1,847.86) ;

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau dari Laman Web Rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005)

(d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :- 

a) Kad Pengenalan
b) Sijil Kelahiran
c) Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR/PT3/SPM/STA/STPM/STAM)
d) Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
e) Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)

(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri , Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru

Nota / Catatan Am

(a) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

(b) Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

(e) Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini. 

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Mei 2023 (Ahad)



Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Latar Belakang

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ  No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Tujuan-tujuan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 ialah:-

i. Untuk dengan aktifnya menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya.

ii. Untuk memberi atau menguruskan pemberian oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan kewangan atau pelajaran kepada rakyat.

iii. Untuk meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.

Post a Comment