Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - 26 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)


Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41
Gaji Minimum RM2,820.00 - Gaji Maksimum RM9,585.00

2. JURUAUDIT W41
Gaji Minimum RM2,094.00 - Gaji Maksimum RM9,585.00

3. PENOLONG JURUTERA JA29
Gaji Minimum RM1,549.00 - Gaji Maksimum RM5,701.00

4. PENOLONG JURUAUDIT W29
Gaji Minimum RM1,498.00 - Gaji Maksimum RM5,678.00

5. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19
Gaji Minimum RM1,353.00 - Gaji Maksimum RM4,005.00

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
Gaji Minimum RM1,352.00 - Gaji Maksimum RM4,003.00

7. PEMBANTU AKAUNTAN W19
Gaji Minimum RM1,353.00 - Gaji Maksimum RM4,005.00


Permohonan:

(i) Permohonan hendaklah dibuat secara online sahaja melalui lama web: : Sistem ePerjawatan FAMA

(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi PERLU memuat naik sijil-sijil tersebut secara softcopy semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan DITOLAK.

(iii) Permohonan bagi Gred 41 dan Gred 29 perlu memuat naik surat Pengiktirafan Akreditasi bidang Pengajian dari sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (MQA). Pemohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

(iv) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 26 Jun 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Pengenalan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.