Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di ICT @ Johor - 11 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di ICT @ Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor


Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 - 2 Kekosongan 

Skim Jawatan : Juruteknik Komputer
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikas] Perkhidmatan : Sistem Maklumat
Taraf Jawatan : Kontrak
Gred : FT19

Jadual Gaji : Gaji Gaji Kadar Kenaikan
Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Elaun-elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Imbuhan Bantuan Sara Hidup RM 250.00

Kekosongan : 2 Kekosongan
(Daerah Tangkak & Mersing)


Kelayakan Lantikan:

Warganegara Malaysia;

i. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,377.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,435.12); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,493.24);

iii. Memiliki Kepuijian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Membuat Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dengan dilakukan secara dalam talian di https://jawatan.johor.gov.my (admin ada sediakan link di bawah)

2. Tarikh buka permohonan pada : 21 Mei 2023, 10.00 Pagi. Tarikh tutup permohonan pada : 11 Jun 2023, 11.00 Malam


Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan /senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya dipanggil temuduga, hendaklah menyertakan Surat Sokongan dari Ketua Jabatan, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 (TIGA) tahun terakhir, secara fizikal.

iii. Cetakan borang daripada sistem hendaklah dicetak bagi calon yang dipanggil untuk proses temuduga

iv. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

v. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab oleh pemohon sendiri.

Setiausaha Bahagian,
ICT@Johor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad
Kota Iskandar
79503 Iskandar Puteri, Johor
No. Tel Pejabat : 07 - 266 6660/61


*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2023, 11.00 Malam





Jawatan Kosong 2022 di ICT @ Johor

Fungsi
  1. Memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan teknologi maklumat kepada Jabatan/Agensi Negeri dalam usaha meningkatkan kecekapan dan efisiensi mereka;
  2. Membuat kajian, penilaian dan memberi maklumbalas atas cadangan projek pengkomputeran baru yang dikemukakan;
  3. Melaksanakan pembangunan sistem aplikasi komputer dan penyelenggaraan sistem di jabatan/agensi Kerajaan dengan kerjasama pembekal yang telah dilantik;
  4. Membuat pemantauan dan penyelarasan bagi projek-projek ICT yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antaranya adalah seperti berikut:
  5. Sistem Hasil Tanah Johor (SHTJ);
  6. Sistem Pengurusan Perumahan Perumahan (SPPJ);
  7. Sistem Pengurusan Perumahan Lot Bumiputera (Putera);
  8. Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT);
  9. SISPEN, MyGDI, E-PBT (Teknikal);
  10. Penyelaras Keselamatan ICT;
  11. Pelaksanaan Projek-projek E-Government dari Kerajaan Persekutuan.
  12. Menyelenggara Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor;
  13. Membuat pemantauan, membantu dan membuat penyelarasan bagi pembangunan Laman Web Jabatan Kerajaan Negeri;
  14. Merancang, melaksana dan menyelenggara jaringan data LAN, WAN (Intranet) dan kemudahan internet dan e-mel jabatan;
  15. Merancang, mengkaji dan melaksana polisi keselamatan bagi infrastruktur ICT jabatan, rangkaian intranet dan internet;
  16. Merancang,melaksana dan menyelenggara peralatan dan prasarana ICT jabatan;

Post a Comment