Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - 7 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Jawatan:

1. PERSONEL MYSTEP (DIPLOMA/STPM) - 2 Kekosongan

Taraf Jawatan : Kontrak (Personal Mystep)
Kelayakan : Setaraf Diploma/STPM
Kadar Upah : RM1,900.00


Syarat Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

3. Memiliki Diploma dalam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat-syarat Permohonan:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara atas talian di Portal Rasmi www.mqa.gov.my. (link permohonan disediakan di bawah)

2. Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan permohonan secara pos kepada pihak MQA dan permohonan secara pos tidak akan diterima.

3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan ditolak.

4. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

6. Pentadbiran MQA tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temu duga.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh menghubungi Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8688 3679 atau 03-86883620/33712/3714. Pertanyaan berkaitan masalah teknikal boleh menghubungi talian 03-8688 1912.

8. Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 Jun 2023 (Rabu) jam 4.00 petang.


Catatan Am:

1. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MQA akan dipanggil untuk temu duga.

2. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon.

3. Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.

4. Pengambilan sebagai Pegawai Tadbir lantikan kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam manamana skim perkhidmatan hendaklah memohon semula kepada MQA melalui proses pengambilan biasa.

5. MQA merupakan agensi tunggal yang terletak di Cyberjaya, Selangor dan tidak mempunyai cawangan lain


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup permohonan adalah pada  07 Jun 2023 (Rabu) jam 4.00 petang.




Jawatan Kosong 2022 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Sejarah 

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Post a Comment