Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Selangor - 20 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Zakat Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Zakat Selangor


Positions:

1. PEGAWAI KHAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


Tanggungjawab Utama

1.0 Tugasan Am Pegawai Khas

a) Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat
  • Menyelaras semua urusan pentadbiran Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (PKPE)
  • Menyelaras nota mesyuarat yang melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)
  • Menyemak dan menyelaras maklum balas mesyuarat yang melibatkan pihak luar dan dalaman.
  • Melaksanakan pemantauan bagi setiap keperluan pentadbiran seperti fail, dokumen dan nota selaras bagi capaian keperluan audit dan pentadbiran.
  • Memastikan keperluan email yang diterima KPE di balas mengikut waktu bersesuaian mengikut keperluan profesionalisme dan penarafan korporat.
  • Memastikan keperluan kelulusan dari Divisyen terlibat terutama bantuan / kertas kerja diluluskan mengikut standard SOP yang ditetapkan.
  • Menentukan keutamaan tugas Ketua Pegawai Eksekutif berdasarkan keperluan (makluman/ tindakan).
  • Menyemak, membuat pembetulan dan memastikan dokumen lengkap sebelum diserah kepada KPE.

b) Pemantauan Pelaksanaan (Deliverables)
  • Menyemak dan menguruskan aktiviti sosial media LZS untuk memastikan ancaman / kecaman yang tidak sihat dapat dipantau, tindakan memperbaiki keadaan dapat diambil dengan cepat dan tepat.
  • Mengurus dan menyelaras mesyuarat KPE secara bulanan atau seperti yang diminta oleh beliau serta menyediakan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat.
  • Membantu, menyemak dan meringkaskan kertas cadangan serta minit mesyuarat mengikut arahan KPE.
  • Menyelaras dan memastikan pelaksanaan operasi dan kelangsungan capaian sasaran LZS.
  • Membuat rumusan bagi pencapaian prestasi operasi (Kutipan & agihan) di peringkat KPE.
  • Merumuskan pencapaian prestasi divisyen sokongan di peringkat pejabat KPE.
  • Menyelaras mesyuarat berkala bagi semakan pencapaian operasi (Monthly Operational Review & Quarterly Performance Review)
  • Memantau, menyelaras serta merumuskan Key Performance Indikator (KPI) bagi semakan di peringkat KPE.
  • Menggunakan kemahiran IT dalam menguruskan / mengendalikan platform sosial media Lembaga Zakat Selangor.

c) Menjaga Kerahsiaan
  • Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan dokumen, rekod dan fail di pejabat KPE.
  • Berperanan dan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan urusan KPE.

2.0 PERHUBUNGAN AWAM
  • Penghubung diantara KPE, ketua-ketua divisyen, staf dan pihak luar termasuk kerajaan negeri untuk memastikan koordinasi dan ketetapan pada garis masa yang ditetapkan.
  • Menjadi pegawai perantara bagi Pejabat dengan divisyen dalaman dan pihak luar.
  • Mengekalkan penampilan dan perwatakan profesionalisme dan memahami etiket dan protokol serta bertindak sebagai pegawai perhubungan semasa perjumpaan bersama pemegang taruh dan pelanggan di dalam dan di luar pejabat.
  • Memastikan komunikasi dan hubungan yang baik bersama semua staf, pelanggan, kementerian dan pihak luar.

3.0 TUGAS LAIN
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari masa ke masa.
  • Memberikan khidmat sokongan dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat KPE.
  • Menerima dan melaksanakan arahan secara langsung daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
  • Melaksanakan tugasan ad-hoc berdasarkan arahan Ketua Pegawai Eksekutif.
  • Perlu memastikan keharmonian perhubungan di antara pihak-pihak yang berkaitan seperti:

a) Dalaman
  • Rakan sekerja di pejabat / Divisyen / Cawangan / Operasi Daerah / Institusi di bawah seliaan LZS
  • Pegawai di divisyen lain dalam organisasi yang sama.
  • Pemegang taruh

b) Luaran
  • Orang awam.
  • Agensi kerajaan.
  • Agensi swasta.
  • Badan / Pertubuhan Antarabangsa.

KELAYAKAN & TEMPOH PENGALAMAN
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan / Ekonomi / Komunikasi atau yang setaraf dengannya.
  • Minima 3 tahun dalam bidang yang berkaitan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Close date : 20 Ogos 2023




Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Zakat Selangor

Company Overview

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) merupakan sebuah organisasi Islam yang memartabatkan syiar Zakat di Negeri Selangor, Malaysia.

Bercita-cita untuk menjadi sebuah Organisasi Islam bertaraf dunia iaitu organisasi yang berasaskan prestasi, mengamalkan piawaian standard tadbir urus yang tinggi dan pengurusan zakat yang berkesan.

Visi LZS (MAIS)
"Menjadi peneraju institusi zakat yang mengamalkan piawaian pengurusan setanding dengan peringkat global."

Misi LZS (MAIS)
"Memberi perkhidmatan kepada umat Islam dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam urusan kutipan dan agihan zakat."