Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah
Jawatan Akademik:
1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
Gaji Minimum : RM 1,353.00 --- Gaji Maksimum : RM 4,005.00
2. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
Gaji Minimum : RM 1,205.00 --- Gaji Maksimum : RM 2,939.00
Perhatian Kepada Pemohon:
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan
2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.
5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
7. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
8. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.
Cara- Cara Membuat Permohonan:
(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani di https://kedah.uitm.edu.my/ .
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 September 2023.
Sila kemukakan permohonan kepada :
UNIVERSITI
TEKNOLOGI
MARA
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: (04) 4562053 /2054 / 2056 / 2059
*Sila baca iklan kekosongan & lengkap sebelum memohon melalui link di bawah
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 24 September 2023 (Ahad)
Sejarah
UiTM Kedah telah dirasmikan pada 1 Oktober 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan. Ia memulakan operasi pertama pada November 1997 dengan 162 pelajar dan 25 kakitangan pentadbiran. Selaras dengan matlamat dan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kemahiran Bumiputra dalam pelbagai bidang, universiti berfungsi sebagai pemangkin dalam membangunkan ekonomi dan pendidikan penduduk tempatan khususnya di negeri Kedah dan utara. Penubuhan kampus ini adalah berdasarkan pelan utama yang menganggap keupayaan maksimum 7000 pelajar.
Lokasi kampus ini merentasi kawasan seluas 350 ekar di Mukim Bujang (antara Semeling dan Merbok), yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Sungai Petani dan dibangunkan berdasarkan kelulusan Rancangan Belanjawan Malaysia ke-6 dengan jumlah RM38.4 juta
Lokasi kampus ini merentasi kawasan seluas 350 ekar di Mukim Bujang (antara Semeling dan Merbok), yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Sungai Petani dan dibangunkan berdasarkan kelulusan Rancangan Belanjawan Malaysia ke-6 dengan jumlah RM38.4 juta