Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Air Kelantan Sdn Bhd - 14 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Air Kelantan Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Air Kelantan Sdn Bhd


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI (LOJI RAWATAN AIR - SELURUH KELANTAN)

Tanggungjawab:

Bertanggungjawab bagi mengendalikan Loji Rawatan Air dengan menjalankan proses rawatan air, pengujian kualiti dan rawatan enapcemar.  Juga mengendalikan operasi  stesen pam penggalak serta tangki-tangki air pengimbang dan simpanan.

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia – Bidang  Perkhidmatan Operasi Rawatan Air adalah satu kelebihan


Faedah :

Cuti Tahunan

Rawatan perubatan hospital/klinik panel

(Penempatan di seluruh loji rawatan air di negeri Kelantan)


2. KERANI HAL EHWAL PELANGGAN

1. Memastikan layanan kaunter diberikan secara profesional dan memenuhi keperluan pelanggan.

2. Mengurus maklumbalas aduan daripada pelbagai Sumber dengan memenuhi SOP Perkhidmatan Pelanggan yang ditetapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

3. Bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan perancangan Unit berjalan dengan lancar dan memberikan kepuasan pelanggan.

4. Bekerja dengan mematuhi peraturan Pentadbiran sepertimana Perjanjian Kolektif di antara kakitangan dan syarikat dengan disiplin yang tinggi

5. Merekod aduan yang diterima secar amanual untuk proses "follow up" kepuasan pelanggan dan aduan diambil tindakan dalam tempoh Piagam Pelanggan.

6. Mengemaskini maklumat Person In Charge (PIC) dan senarai lokasi mengikut Jajahan / Loji  / DMA / Tangki dari semasa ke semasa

7. Menyediakan persediaan dan kelengkapan berkenaan dengan Program Hari Bersama Pelanggan peringkat Jajahan dan Program-program anjuran Jabatan/Kerajaan Negeri/Agensi/Jabatan berkaitan sekiranya diarahkan.

8. Merekod aduan yang diterima secara manual untuk proses "follow up" kepuasan pelanggan dan aduan diambil tindakan dalam tempoh Piagam Pelanggan.

9. Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2023 (Sabtu)




Jawatan Kosong 2023 di Air Kelantan Sdn Bhd

Latar belakang

Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 30% (YAKIN) & 70% (Thames Water) dalam KWSB. KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.