Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Co-opbank Pertama - 12 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Co-opbank Pertama | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Co-opbank Pertama


Position:

1. KETUA UNIT OPERASI

Bidang Tugas dan Tanggungjawab:

a. Bertanggungjawab memastikan setiap kerani operasi di cawangan melakukan tugas-tugasan operasi di kaunter.

b. Memastikan semua dokumen yang diterima dari Kerani Operasi diperiksa semasa penutupan kaunter.

c. Meningkatkan jualan di bahagian operasi dengan mempromosikan produk-produk berasaskan Fi secara ‘cross selling’.

d. Bertanggungjawab menyediakan kedudukan tunai harian dengan memeriksa baki kedudukan kewangan di akaun semasa cawangan serta wang tunai di cawangan.

e. Bertanggungjawab dalam urusan pembukaan/ penutupan bilik kebal bagi mengeluarkan wang serta peti tunai.

f. Menerima dan melaksanakan arahan dan tugasan dari semasa ke semasa.


2. KETUA UNIT PEMASARAN & PEMBIAYAAN

Bidang Tugas dan Tanggungjawab:

a. Memastikan sasaran produk-produk deposit, pembiayaan dan berasaskan fi dicapai sebagaimana yang ditetapkan.

b. Bertanggungjawab mengatur, merancang dan mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran di peringkat cawangan CBP.

c. Bertanggungjawab dalam menjayakan aktiviti promosi dan pemasaran di peringkat cawangan CBP.
d. Menjalankan kajian ke atas pasaran produk perbankan setempat dan mengenalpasti peluang-peluang pemasaran yang ada.

e. Memproses dan memastikan dokumen-dokumen permohonan pembiayaan pelanggan dilengkapkan sebagaimana ditetapkan Garis Panduan Operasi (GPO).

f. Melakukan penilaian kredit bagi semua permohonan pembiayaan dan memastikan ianya dilaksanakan dengan betul.

g. Memperkenalkan produk-produk pembiayaan dan produk berasaskan fi secara ‘cross selling’.

h. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong 2021 di Co-opbank Pertama

Tentang Kami

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. 

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.