Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 18 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Jawatan:

1. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 - 7 Kekosongan

2. PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED N11 - 6 Kekosongan


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang dilampirkan bersama iklan ini (link muatturun borang ada disediakan di bawah). Salinan Sijil atau lain-lain dokumen yang telah disahkan oleh (Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, Pesuruhjaya Sumpah) seperti di bawah hendaklah disertakan bersama-sama borang permohonan:

a) Kad Pengenalan ;
b) Sijil Kelahiran ;
c) Sijil Berhenti Sekolah ;
d) Sijil Peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma beserta Transkrip : dan
f) Lesen Memandu
g) Sijil Digital Vaksinasi COVID-19


Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah dihantar sebelum atau pada 18 Oktober 2023 ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak
(Kementerian Perpaduan Negara)
Aras 3, Blok C, Bangunan Persekutuan
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak


Panggilan Temuduga:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungjawab sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2023 (Rabu)


*Sila baca cara mohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.