Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Tenaga Nasional Berhad - 17 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Koperasi Tenaga Nasional Berhad


Position:

1. KETUA UNIT TAKAFUL

2. EKSEKUTIF KOMUNIKASI KORPORAT

3. KETUA UNIT TAKAFUL

4. KERANI TRAVEL & TOURS

5. EKSEKUTIF PUSAT PANGGILAN (Call Centre)

6. PENGURUS KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

7. PENGURUS TRAVEL & TOURS


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Close date : 25 Oktober - 17 November 2023




Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad


Company Overview

Pada awal tahun 1951, mesyuarat pertama diadakan yang dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan

Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951.

Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara.

Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.